Oleh pada 03 Feb 2018 kategori

Bagi peminat filem, ramai yang suka menonton filem seram ataupun filem yang ganas. Kami takkan cuba mengadili apa saja jenis kegemaran filem anda. Walaupun begitu, ada juga satu genre lain yang bukan sekadar cuba menjadi filem seram, malahan mahu cuba membuatkan penonton tak senang duduk. Bukan kerana ketakutan, tetapi kerana apa yang cuba disampaikan mampu membuatkan kita rasa tertekan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sama ada dengan mesej, visual ataupun jalan cerita, 8 filem ini dikatakan antara filem terbaik bagi mereka yang mahu mencuba menguji kemampuan diri dan mental. Berikut adalah 8 filem paling hebat dalam membuatkan penontonnya tak senang duduk.

1. Audition

audition

Filem pengarah legenda Jepun, Takashi Miike yang kerap memaparkan visual yang membuatkan penonton tidak senang duduk ini mampu membuatkan penonton risau sepanjang filem. Kisah cinta seorang lelaki berumur dengan seorang perempuan yang kelihatan seperti menyembunyikan sesuatu ini perlu ditonton sehingga habis. Penamat filem ini merupakan antara adegan paling menyakitkan dalam sejarah filem dunia.

2. Oldboy

oldboy

Oldboy adalah sebuah filem Korea Selatan yang terbit pada tahun 2003 dan telahpun dibuat semula oleh Hollywood pada tahun 2013. Abaikan saja filem Hollywood dan cari yang asli. Filem ini adalah sebuah filem yang mengisahkan seorang lelaki yang dikurung selama 15 tahun tanpa sebab sebelum dibebaskan dan bertemu dengan seorang wanita lalu jatuh cinta dengannya. Kenapa filem ini sangat disturbing? Twist filem ini adalah antara twist filem menjadi selepas filem 'The Sixth Sense.'

3. The Human Centipede

human centipede

Filem ini bukanlah filem yang bagus dan menghiburkan. Terlalu banyak kelemahan wujud dalam filem ini, tetapi idea yang datang daripada penulis filem ini merupakan satu idea yang hanya orang yang sakit akan terfikirkannya. Banyak adegan dalam filem ini mampu membuatkan anda akan muntah dengan lakonan berkesan watak utamanya serta 3 orang mangsa eksperimen beliau.

4. Cannibal Holocaust

cannibal holocaust

Filem ini yang kerap kali dikelirukan sebagai kisah sebenar ekoran paparan realistik kehidupan masyarakat kanibalnya.

Beberapa adegan dalam filem ini sangat hidup sehingakan akan membuatkan anda risau status fiksyennya sehinggakan diangkat menjadi acuan kepada banyak filem moden, yang mengikut teknik pembikinan filemnya.

Daripada filem Blair Witch kepada filem Cloverfield, Paranormal Acitivity dan juga filem adiwira Chronicle. Cannibal Holocaust hanya untuk mereka yang yang mempunyai perut yang tahan muntah.

5. Martyrs

maxresdefault 303

Filem Perancis ini cuba membongkarkan sekumpulan manusia yang taksub untuk mengetahui apa yang akan berlaku selepas mati, dengan mangsa-mangsa diculik untuk dijadikan bahan eksperimen bagi mereka mengetahui rahsia kematian. Babak akhir filem ini memang sukar untuk ditonton sesiapa saja serta pemaparan visual manusia tanpa kulit paling realistik yang pernah ditonton setakat ini.

6. A Serbian Film

a serbian film

Dalam 8 filem yang disenaraikan di sini, ini adalah filem yang paling sukar untuk ditonton kerana keseluruhan filem ini seperti satu fantasi buruk seseorang yang mempunyai sakit mental yang teramat sangat. Bagi mereka yang dapat menghabiskan filem ini dari mula sehingga tamat - tahniah. Kami tak sanggup nak tulis lebih-lebih tentang filem ini. Cukuplah kalau kami katakan - pembuat filem ini mempunyai masalah mental.

7. Begotten

index

Sukar untuk difahami apa yang cuba disampaikan dalam filem ini. Sejujurnya kami sendiri tidak dapat membaca apa yang terkandung dalam filem 1990 ini melainkan dengan bantuan beberapa individu yang menterjemahkan isi kandungan filem ini, agar lebih mudah difahami. Dikatakan sebagai penceritaan semula kisah Genesis yang terkandung dalam kitab Bible, visual dalam filem ini agak menakutkan dan mampu melekat dalam kepala kita, selain daripada muzik latar serta kesan bunyi yang akan mengikut anda.

8. Salo : 120 Days of Sodom

salo 120 days sodom pasolini

Sukar untuk membayangkan apa sebenarnya kritikan yang cuba disampaikan dalam filem ini. Filem yang diolah berdasarkan novel fantasi penulis klasik Perancis, Marquis de Sade ini memaparkan banyak perkara yang menggambarkan apa yang akan berlaku sekiranya kuasa mengkorupkan golongan bangsawan. Jika anda sanggup melihat bagaimana manusia dilayan seperti binatang, sila tonton filem ini.




Hakcipta iluminasi.com (2017)