Oleh pada 03 Apr 2024 kategori

Kredit foto: Instagram Azhan Rani , Instagram Adam Ikmal

        

Drama Khun:SA (Che Kun : Che Nisa) sedang mencuri perhatian penonton di kaca TV dan menjadi buah mulut netizen di alam maya.

        

drama khunsa 17736

Kredit foto: Instagram Azhan Rani

        

Dibintangi oleh Azhan Rani, Sherry Alhadad, Kael Noah, Nadia Aqilah, Farah Ahmad, Mhia Firdaus, Ayu Ayuni dan Amalina Arham, drama ini bukanlah adaptasi dari novel, tetapi diilhamkan daripada kisah benar.

        

khunsa wikipedia 19745

Kredit foto: Instagram Azhan Rani

        

Dalam artikel ini, kami kongsikan 10 perkara menarik berkaitan dengan "Khunsa" yang mungkin belum anda ketahui.

         

khunsa episode 14514

Kredit foto: Instagram Azhan Rani

         

1. Khunsa diterajui oleh sentuhan pengarah dan penulis skrip, Shahrulezad Mohameddin yang lebih dikenali sebagai Budak Ijat. Sebelum ini, Shahrulezad pernah melibatkan diri dalam penghasilan beberapa drama popular seperti Sutun, Sutun 2, Nur, Nur 2, Takdir Yang Tertulis, 7 Ramadan dan Syurgamu Ramadhan.

        

khunsa sooka 15687

Kredit foto: Instagram Azhan Rani

         

2. Berani dan penuh inovasi, drama ini mengeksplorasi subjek yang tidak pernah diceritakan dalam drama tempatan dengan memberikan fokus kepada isu 'taboo' tentang khunsa dan mendedahkan liku-liku kehidupan golongan ini.

       

khunsa episod 16748

Tarikh mula tayang Khunsa pada 11 Mac 2024. Kredit foto: Instagram Azhan Rani

        

3. Dengan hampir 70 pelakon, drama ini menonjolkan kepelbagaian watak-wataknya.

        

khunsa astro 11214

Kredit foto: Instagram Sherry Alhadad

        

4. Idea drama ini pernah ditolak oleh beberapa stesen televisyen (TV) sekitar 10 tahun lalu.

         

pelakon khunsa 12847

Kredit foto: Instagram Sherry Alhadad

        

5. Shahrulezad menjalankan kajian menyeluruh dan bertemu pakar untuk memastikan bahawa arahan drama Khunsa dipenuhi dengan teliti.

          

novel khunsa 13855

Kredit foto: Instagram Azhan Rani

         

Inisiatif besar termasuk kunjungan ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana topik khunsa masih kabur dalam masyarakat. Dia menyatakan penulisan skrip drama ini adalah yang amat sukar yang pernah dilakukannya.

        

khunsa maksud 21574

Kredit foto: Instagram Azhan Rani

          

6. Shahrulezad menggabungkan elemen drama dan bakatnya dalam platform (naskhah) untuk mendidik khalayak tentang khunsa dan mengisahkan sesuatu yang belum pernah diceritakan sebelum ini, memberikan hiburan sekaligus pengajaran pada bulan puasa.

        

khunsa cast 22145

Kredit foto: Instagram Azhan Rani

        

7. Dia menyatakan bahawa dia telah memperoleh banyak pengetahuan baru selepas mengkaji mengenai khunsa, termasuk kejadian-kejadian membabitkan khunsa yang mengejutkan dirinya.

        

sinopsis khunsa 23855

Kredit foto: Instagram Azhan Rani

        

8. Sebelum drama ini, sebuah dokumentari pendek telah terlebih dahulu ditayangkan bertajuk 'Khunsa: Sebuah Dokumentari' yang mengupas tentang individu Interseks, juga dikenali sebagai Khunsa, dari perspektif pakar agama dari JAKIM, pengarah drama Khun:SA, pakar undang-undang Syariah, NGO dan seorang individu interseks.

        

khunsa malaysia 24857

Kredit foto: Instagram @radiusone_official

        

9. Semasa drama ini ditayangkan, segelintir penonton mengakui menonton secara haram menerusi platform media sosial, Telegram, tanpa rasa bersalah dan ada yang dengan bangganya menggalakkan tindakan mencuri tontonan tersebut.

        

maksud khunsa 25966

Kredit foto: Instagram Adam Ikmal

       

Shahrulezad bagaimanapun menegaskan bahawa tindakan menonton secara haram dan menyebarkan karya tanpa izin adalah tidak dibenarkan serta dianggap mencuri hasil keringat.

         

cerita khunsa 26851

Kredit foto: Instagram Adam Ikmal

       

10. Dalam usaha untuk menyediakan pelbagai pilihan, para penonton juga boleh menikmati siri "Khunsa" secara dalam talian menerusi aplikasi Astro Go dan Sooka selain daripada Astro Ria - membolehkan lebih banyak penonton menikmati kandungan secara mudah dan fleksibel.

       

Baca: 10 Drama Melayu Terbaru Mesti Tonton (2024), Juga Tersedia Online!

Baca: 10 Fakta Drama Berepisod Lelaki Itu (TV3 & Tonton) Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Khunsa (Slot DramaVaganza Astro Ria)

        

Apa Itu Khunsa ?

Maksud Khunsa merujuk kepada individu yang lahir dengan dua jenis alat kelamin, iaitu lelaki dan perempuan.

       

Tajuk cerita? Khunsa

Berapa episod? 28 episod

Setiap hari apa? Isnin hingga Khamis

Bila tayang? Pukul 9 malam

Tonton di mana? Saluran Astro Ria dan platform online, Astro Go serta Sooka

         

Kredit video: Khunsa Trailer

       

Sumber:

1. Demi drama Khunsa, Shahrulezad akur kerap turun naik Jakim

2. BH Online

3. Instagram Shahrulezad Mohameddin

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)