Menjaga kawasan sekitar atau bandar yang kita diami adalah tanggungjawab bersama yang dibantu oleh program-progam yang dianjurkan kerajaan. Namun, disebabkan sikap manusia yang tidak mengendahkan situasi persekitaran dan kegagalan pihak berkuasa dalam membanteras aktiviti dan kegiatan haram yang mampu menjejaskan alam sekitar membawa kepada kerosakan yang amat dahsyat.
BESARKAN TEKS A- A+
Dan jika ia dibiarkan berterusan, pasti masalah ini tidak akan dapat dibanteras membuatkan sesuatu kawasan itu tidak lagi boleh didiami manusia. Oleh itu, iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda di antara 10 bandar paling kotor di dunia, berdasarkan Indeks Skor Kesihatan dan Sanitasi Mercer.
10. Brazzaville, Congo - Skor 39.1
Dengan jumlah skor 39.1, bandar Brazzaville di Congo ini adalah bandar ke-10 paling kotor di dunia. Pencemaran udara daripada pelepasan gas oleh kilang-kilang dan kereta, kekurangan air yang boleh diminum dan pencemaran air di bandar dari kumbahan mentah menyumbang kepada kerosakan alam semula jadi di bandar ini.
Setiap daripada pencemaran ini menekan jangka hayat penduduk tempatan kepada lebih singkat.
9. Almaty, Kazakhstan -Skor 39.1
Indeks skor bandar Almaty sama dengan bandar Brazzaville. Gabungan antara industri berasaskan petroleum dan kekurangan perlindungan terhadap pencemaran telah menjadikan krisis alam sekitar di bandar ini semakin memburuk.
Pembuangan sisa toksik yang berlaku memerlukan dana yang sangat tinggi untuk diperbaiki, dan lebih mahal lagi jika ia diabaikan.
8. Baghdad, Iraq - Skor 39
Kualiti air yang sangat buruk di Baghdad telah memberikan ancaman dalam memburukkan lagi penyebaran penyakit bawaan air di bandar ini. Wabak kolera yang membunuh melanda beberapa wilayah di negara ini, termasuk Bahgdad dari Ogos hingga Disember 2007.
Program Alam Sekitar Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) juga berkata bahawa pencemaran udara yang disebabkan oleh pembakaran minyak dan menjadi semakin para disebabkan peperangan, perlu diberikan perhatian.
Pada tahun 2012, Baghdad disenaraikan sebagai antara salah satu tempat paling tidak boleh didiami di dunia.
7. Mumbai, India - Skor 38.2
Mumbai atau Bombay (nama rasmi sehingga 1995), adalah ibu negeri bagi Maharashtra. Dengan populasi 19 juta penduduk, Mumbai adalah bandar ke-9 dan ke-2 paling banyak penduduk di dunia.
Penduduk di Mumbai mempunyai perkhidmatan pelupusan sampah yang sangat teruk, air berkualiti rendah, tersangat bising, dan satu perkara yang menjadikannya salah satu bandar paling kotor di dunia adalah pencemaran udara yang dahsyat.
Kerajaan India berharap untuk mengubah Mumbai kembali kepada metropolis yang berkembang selepas kemerosotan ekonomi baru-baru ini. Antara rancangannya termasuklah perubahan dari segi infrastruktur, kawalan pencemaran dan strategi pertumbuhan ekonomi.
6. Addis Ababa, Ethiopia - Skor 37.9
Addis Ababa adalah ibu negara Ethiopia, sebuah bandar Afrika yang mempunyai populasi sekitar 4 juta orang.
Disebabkan oleh kebanyakan orang tidak mempunyai akses kepada tandas yang bersih, najis-najis yang dibuang tersebar ke alam sekitar yang akhirnya membawa kepada penyebaran penyakit berjangkit bawaan air, peningkatan kadar kematian bayi dan jangka hayat rendah.
Bandar ini juga antara yang berhadapan dengan masalah sanitasi paling teruk di dunia.
5. Mexico City, Mexico - Skor 37.7
Mexico City yang merupakan ibu negara Mexico adalah antara salah satu pusat kewangan paling penting di benua Amerika, yang mempunyai populasi 22 juta orang. Bandar ini sangat terkenal dengan pencemaran lalu lintas dan juga udara.
Tempoh yang paling berbahaya terhadap pencemaran udara adalah di antara bulan November dan Mei di mana asap toksik dianggarkan menjadi punca kematian puluhan ribu orang.
Dianggarkan pelepasan ozon tidak sihat menghampiri 85% tahun ini. Lokasi geografi Mexico yang terletak di tengah-tengah kawah gunung berapi dan dikelilingi pergunungan, memburukkan lagi pencemaran udara menyebabkan kabut sentiasa berada di atas bandar ini.
4. Port au Prince, Haiti - Skor 34
Bandar ini terletak di Caribbean dan merupakan ibu negara Haiti. Populasi bandar metropolitan ini melebihi 3 juta orang, yang hampir separuh daripada jumlah populasi negara ini.
Seperti masalah keganasan dan rasuah yang didokumentarikan di bandar ini, masalah udara dan air Port au Prince juga turut berada pada tahap bahaya. Berfungsi sebagai salah satu pelabuhan utama di pulau Hispaniola, Port au Prince adalah pusat pembangunan ekonomi Haiti.
Populasi Port au Prince menghasilkan 5000 tan sisa pepejal setiap hari, dan beberapa sumber menganggarkan bahawa perkhidmatan awam hanya menguruskan hanya 7% atau 350 tan sahaja daripada sampah-sampah tersebut.
3. Antananarivo, Madagascar - Skor 30.1
Ibu kota Madagascar, di Tanah Tinggi Tengah di pulau ini berada di antara senarai teratas dari segi pencemaran udara, pencemaran air minum, sistem pembuangan sampah yang tidak betul, kotor dan tidak bermutu serta pembangunan taman hijau yang tidak memuaskan di kawasan bandar.
Perkembangan bandar yang pantas dan pertumbuhan industri yang pantas menjadi punca kepada pencemaran udara, pembalakkan dan pencemaran air yang tinggi.
2. Dhaka, Bangladesh - Skor 29.6
Dhaka terletak di Asia Selatan, di antara Burma dan India. Ibu kota Bangladesh ini berhadapan dengan ancaman pencemaran air yang berterusan. Permukaan air di bandar ini biasanya dipenuhi dengan penyakit dan pencemaran daripada penggunaan racun perosak komersial.
Kilang-kilang melepaskan lebih daripada 9.8 juta tan gas rumah hijau ke udara setiap tahun disebabkan oleh gabungan teknologi lama, undang-undang alam sekitar yang lemah dan kekurangan tanggungjawab korporat.
Dengan anggaran 150 juta orang penduduk yang tinggal dalam kawasan yang agak kecil, usaha membersihkan kawasan ini bukanlah sesuatu yang mudah. Dhaka juga terkenal dengan kesesakan lalu lintas yang sangat dahsyat dan tidak berkesudahan.
1.Baku, Azerbaijan - Skor 27.6
Jika anda tidak terlibat dalam perniagaan minyak, tak ada sebab untuk anda hidup di bandar yang tercemar ini. Azerbaijan sudah lama menjadi hab minyak, dan akibatnya, ibu kotanya iaitu Baku mempunyai air yang berbau busuk, kolam minyak dan tahap pencemaran udara yang mengancam nyawa.
Semua ini adalah hasil daripada penggerudian dan penghantaran minyak, menjadikan bekas pusat pengeluaran Kesatuan Soviet ini sebagai bandar paling kotor di dunia.
Selain itu, Baku juga mengalami masalah besar pencemaran air. Ini sekaligus menjejaskan reputasi Baku yang terkenal dengan seni bina abad ke-21 yang mengagumkan.
Rujukan:
1. Active Times
2. Soap Boxie
3. Explore
4. Forbes
5. Mercer