Alahan terhadap sesetengah jenis makanan seperti kacang adalah sesuatu yang biasa anda dengar.

Juga alahan lain seperti demam hay adalah alahan debunga biasa yang mempengaruhi satu daripada empat orang di dunia. Namun, gejala-gejala itu boleh diubati dengan pelbagai ubat-ubatan.

Namun, agak mengejutkan bahawa terdapat satu golongan manusia yang terlalu sensitif kepada perkara atau objek yang langsung tidak berbahaya seperti bersenam, air mani dan anak sendiri!

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 10 alahan paling pelik di dunia yang ramai di antara kita tak tahu ia wujud.

1. Air

alahan air 55

Aquagenic urticarial atau alahan kepada air adalah satu keadaan yang jarang berlaku, hanya seorang dalam setiap 23 juta manusia.

Dengan anggaran populasi manusia ketika ini sebanyak 7.35 bilion orang, hanya terdapat kira-kira 319 individu sahaja yang mempunyai masalah alahan pelik ini di dunia.

Sentuhan yang sangat singkat dengan air adalah sangat berbahaya walaupun peluh dan air mata mereka sendiri sehingga boleh menyebabkan ruam yang sakit dan gatal yang mengambil masa berjam-jam untuk lega.

Minum air boleh menyebabkan kerongkong penghidap menjadi radang dan melepuh.

Orang yang mempunyai alahan ini hanya boleh mandi selapa seminit dan hanya boleh minum air bikarbonat atau air suling. 

2. Bersenam

wajah pesakit alahan senaman selepas lari marathon

(Wajah pesakit alahan senaman selepas menamatkan larian marathon)

Walaupun senaman adalah aktiviti yang sangat digalakkan untuk dilakukan dalam kehidupan seharian, namun terdapat satu golongan yang tidak boleh melakukan aktiviti ini.

Alahan ini berlaku kepada seorang dalam setiap 1,000 manusia di seluruh dunia.

Anafilaksis dan urticaria yang disebabkan oleh senaman adalah reaksi alahan yang teruk dan sangat jarang berlaku yang disebabkan oleh senaman.

Antara gejala alahan ini termasuklah gatal-gatal, masalah gastrointestinal dan juga anafilaksis.

Anafilaksis juga dikenali sebagai kejutan anaphylactic dan berpotensi mengancam nyawa, termasuk gejala seperti ringan kepala, penyempitan saluran udara dan bahkan pengsan.

Penghidap anafilaksis dinasihatkan untuk hanya bersenam dengan pasangan dan sering suntikan adrenalin untuk diambil dalam keadaan kecemasan.

3. Wang

alahan kepada duit syiling

Percaya atau tidak, terdapat individu yang akan mengalami reaksi alahan hanya dengan memegang duit. Jika tangan anda dinaiki ruam selepas memegang duit syiling, ini adalah satu tanda bahawa anda alah kepadan nikel sulfat.

Individu yang mengalami alahan ini dinasihatkan supaya mengelakkan sentuhan degnan objek berkilat seperti barang kemas, bahagian logam pada pakaian, pin rambut, pemetik api dan sesetengah pemegang pintu.

Jika ingin melakukan perkara-perkara seperti ini, adalah dinasihatkan untuk memakai sarung tangan dan juga tidak digalakkan untuk mengendalikan atau menyimpan duit syiling di dalam poket mereka.

4. Sentuhan

alahan kepada sentuhan atau skin writing disease

Terlalu sensitif kepada tekanan dan sentuhan yang dikenali sebagai dermatographia atau "skin writing disease" juga sangat jarang berlaku dalam populasi manusia.

Ia adalah keadaan di mana tindak balas alergi seperti benjolan bengkak dan ruam gatal terhasil hanya disebabkan sentuhan yang sangat sedikit dengan orang lain.

Menurut statistik, hanya 2% hingga 5% penduduk dunia sahaja yang mengalami alahan pelik ini. Jika seseorang itu mengalami alahan ini, mereka boleh "menulis" di atas kulit mereka kerana ia tersangat sensitif kepada sentuhan.

Itu baru sentuh, belum terkena apa-apa objek tajam! 

5. Cahaya matahari

alahan terhadap cahaya matahari

Dikenali sebagai urtikaria solar, gejala-gejala alahan ini termasuklah gatal-gatal apabila terdedah kepada cahaya matahari. Tapi, mereka ini bukan drakula!

Sama seperti bentuk urtikaria yang lain, halnya urtikaria lain, sel-sel mast dalam badan melepaskan histamin, yang menyebabkan reaksi alahan ini berlaku.

Adalah penting untuk pesakit tidak mendedahkan sebahagian besar kawasan badan mereka kepada cahaya matahari kerana ini boleh menyebabkan mual dan ringan kepala.

Anti-histamine dan skrin matahari juga membantu untuk mengurangkan reaksi alahan. Walaupun masih belum ada penawar untuk alahan ini, namun dalam kes-kes terpencil, alahan ini boleh hilang dengan sendirinya. 

Tapi jangan keliru antara alahan ini dengan alahan urtikaria haba, satu lagi reaksi alahan yang berlaku apabila pesakit terdedah kepada suhu lebih tinggi daripada 43°C.

6. Air mani

alahan kepada air mani

Sejenis alahan yang aneh kepada wanita, hipersensitiviti plasma mani manusia boleh menyebabkan ruam, gatal-gatal dan sensasi terbakar untuk beberapa minit selepas bersentuhan dengan air mani lelaki.

Malah, walaupun jarang terjadi namun alahan ini boleh menyebabkan kematian!.

Namun bagi individu yang mengalami alahan ini, ia boleh diperbetulkan dengan menjalani desensitisasi di mana kesan cecair mani disapukan dengan jumlah yang semakin bertambah setiap beberapa minit sehingga tubuhnya menjadi kurang sensitif.

Suntikan alahan juga boleh diberikan bagi mengurangkan kesan alahan.

7. Alah kepada bayi sendiri

alahan kepada anak sendiri

Gestitionis Pemphigoid adalah keadaan yang jarang berlaku yang bermula semasa trimester kehamilan kedua atau ketiga dan berlanjutan sehingga beberapa bulan selepas kelahiran.

Ibu menderita lepuh yang menyakitkan pada perut, yang mungkin meluas ke bahagian lain di bahagian atas badan.

Bayi yang dilahirkan juga mungkin mengalami ruam yang sama seperti ibu. Lepuh biasanya hilang selepas beberapa bulan tetapi mungkin meninggalkan bekas luka gelap.

8. Elektrosensitiviti 

alahan terhadap elektrosensitiviti

Bagi mereka yang mengalami alahan ini, kehidupan seharian di zaman moden ini pastilah sangat menjengkelkan. Ketika mana orang lain menikmati manfaat daripada kecanggihan teknologi, mereka terpaksa mengelakkan diri daripadanya.

Elektrosensitiviti menyebabkan membran membengkak, sakit kepala, ruam yang menyakitkan dan hidung berhingus apabila mereka ini bersentuhan dengan objek yang memancarkan denyutan elektromagnetik.

Individu yang mengalami masalah ini biasanya alah kepada objek seperti kereta, telefon bimbit dan juga ketuhar gelombang mikro.

Sesetengah daripada mereka melaporkan gejala-gejala ini berlaku apabila berada berdekatan dengan zon WiFi.

9. Bau ikan

alahan bau ikan

Jika anda tidak sukakan bau ikan, itu adalah perkara biasa kerana ia adalah bau yang sangat tidak menyenangkan. 

Namun, terdapat golongan yang mempunyai reaksi yang lebih dahsyat daripada ini.

Apabila kita menghidup sesuatu, kita sebenarnya menyedut zarah-zarah kecil ke dalam rongga hidung dan alahan ikan yang kuat dapat membuat penghidap mungkin mempunyai reaksi yang teruk hanya dengan menghidunya.

Terdapat ikan-ikan tertentu yang boleh mencetuskan alahan ini dengan lebih mudah terutamanya ikan sebelah dan hake. Gejala-gejala alahan ini termasuklah bersin, ruam kulit dan juga sesak nafas.

10. Getaran

alahan terhadap getaran

Kebanyakan alahan dalam yang disenaraikan di atas melibatkan objek atau bahan yang bersentuhan dengan kulit walaupun bahan itu sangat kecil seperti foton cahaya.

Tetapi bagi mereka yang mempunyai alahana angioedema, apa yang menyebabkan badan mereka mengalami ruam yang sangat sakit hanyalah melalui getaran.

Alahan yang sangat jarang berlaku ini terjadi apabila objek yang bergerak pantas ditekan terhadap kulit sepertimotor, pembesar suara yang bergetar atau apa-apa jenis getaran.

Jika ini berlaku, dalah hanya beberapa minit sahaja bahagian kulit yang terlibat akan mengalami ruam dan pesakit melaporkan kesakitan yang teramat.

Rujukan:

1. Benadryl

2. Benenden

3. Geek




Hakcipta iluminasi.com (2017)