Menara Eiffel atau La Tour Eiffel, adalah antara salah satu mercu tanda paling terkenal di dunia.

Menara ini direka sebagai pusat Pameran Dunia Universelle 1889 di Paris dan bertujuan untuk memperingati abad Revolusi Perancis.

Malah, ia juga untuk mempamerkan kehebatan mekanikal moden Perancis di pentas dunia.

gustave eiffel

BESARKAN TEKS     A-  A+

Menara ini dibina oleh firma kejuruteraan awam Gustave Eiffel dalam tempoh 2 tahun, 2 bulan, dan 5 hari, menggunakan 7.500 tan besi dan 2.5 juta paku rivet.

Sejak dibuka pada tahun 1889, menara ini telah menerima kunjungan lebih 300 juta orang dan masih berterusan sekitar 7 juta pengunjung setiap tahun.

Namun, tidak ramai yang mengetahui beberapa fakta dan rahsia tentang Menara Eiffel ini.

1. Kewujudan apartment rahsia

apartment rahsia menara eiffel paris

Ketika Gustave Eiffel mereka bentuk menara ini, dia mengambil peluang dengan membina sebuah apartment rahsia untuk dirinya.

Walaupun ia tidaklah begitu luas, namun ia cukup selesa dan dilengkapi dengan perabot.

Apartment ini digunakan oleh Gustave untuk kegunaan peribadi serta menjemput tetamu ternama antaranya adalah Thomas Edison.

Setelah berita tentang apartment ini diketahui orang awam, ramai yang ingin menyewanya walaupun untuk semalam, namun ia ditolak Gustave.

2. Bukan rekaan sebenar Gustave

reka bentuk eiffel tower

Walaupun Eiffel memperoleh hak penamaan untuk menara ini, namun reka bentuk asal menara ini bukanlah hasil rekaannya sendiri.

Rekaan asal menara ini sebenarnya dihasilkan oleh dua orang jurutera yang bekerja dengan Gustave iaitu Maurice Koechlin dan Emile Nouguier.

Kedua-dua jurutera itu bekerja sama dengan arkitek Perancis, Stephen Sauvestre, dan memasukkannya ke dalam pertandingan untuk memilih tarikan utama bagi Pameran Dunia Universelle.

3. Sepatutnya dirobohkan selepas 20 tahun

menara eiffel sepatutnya dirobohkan selepas 20 tahun

Seperti yang dinyatakan di atas, Menara Eiffel dibina dengan tujuan untuk mempamerkan kehebatan industri Perancis semasa Pameran Antarabangsa.

Namun, ia juga dirancang untuk dirobohkan selepas 20 tahun.

Untuk itu, Gustave yang sangat bijak telah letakkan antena radio dan pemancar telegraf tanpa wayar pada menara ini, membuatkan pemerintah Perancis pada ketika itu memutuskan untuk tidak merobohkannya kerana ia sangat berguna.

4. Adolf Hitler perintahkan Menara Eiffel dimusnahkan

hitler arahkan menara eiffel dirobohkan

Ketika Jerman menduduki Perancis semasa Perang Dunia Kedua, pemimpin Nazi Adolf Hitler memerintahkan agar Menara Eiffel dimusnahkan namun perintah tersebut tidak dipatuhi. 

Pejuang-pejuang Perancis kemudiannya membalas dendam dengan memotong kabel lif Menara Eiffel yang membuatkan tentera Nazi terpaksa menaiki tangga untuk mengibarkan bendera mereka.

5. Berfungsi sebagai makmal saintifik

makmal di menara eiffel

Menara Eiffel bukan hanya sebuah mercu tanda popular dunia, tetapi ia juga mempunyai makmal meteorologi. 

Terletak di tingkat 3, Gustave menggunakan makmal ini untuk mengkaji tentang fizik dan aerodinamik.

Pada tahun 1909, membina terowong angin aerodinamik di pangkalan Menara Eiffel untuk mengkaji tentang aerodinamik.

Terowong ini digunakan untuk melakukan beribu-ribu ujian termasuk pada kereta Porche dan kapal terbang Wright Brothers.

Gustave juga membenarkan makmal ini digunakan oleh saintis-saintis lain bagi tujuan eksperimen dan sinar kosmik ditemui di makmal ini.

6. Menara Eiffel boleh bergerak

menara eiffel boleh bergerak

Struktur besi gergasi ini adalah tahan angin dan akan bergoyang semasa ribut kencang.

Malah jika cuaca sangat buruk, ia boleh bergerak.

Angin bukanlah satu-satunya perkara yang boleh menggerakkan menara ini di mana haba dari Matahari juga boleh memberi kesan fizikal kepada Menara Eiffel.

Panas terik boleh menyebabkan besi yang membina menara ini mengembang sehingga 7 inci.

7. Kos penyelenggaraan yang tinggi

kerja mengecat menara eiffel

Setiap 7 tahun, sekitar 60 tan cat digunakan untuk mengecat menara besi ini.

Ia bukan sahaja membuatkan Menara Eiffel sentiasa kelihatan cantik tetapi jugak membantu mengelakkan besi-besi tersebut daripada karat.

8. Bunker tentera rahsia di bawah Menara Eiffel

bunker tentera rahsia bawah eiffel tower

Di bawah tiang di bahagian selatan Menara Eiffel tersimpan sejarah yang sangat menakjubkan.

Ia merupakan lokasi di mana sebuah bunker tentera rahsia yang boleh menghubungkan ke Maktab Tentera yang terletak berhampiran melalui terowong panjang.

Bunker ini kini telah berubah dan dijadikan muzium kecil yang mana menjadi tarikan pelancong.

Rujukan:

1. Architectural Digest

2. Travel

3. Headout




Hakcipta iluminasi.com (2017)