Monumen-monumen yang dibina pada zaman dulu di seluruh dunia yang masih wujud sehingga kini menjadi bukti kebolehan seni bina manusia. Antara yang paling popular di dunia termasuklah Menara Eiffel di Paris, Collosseum di Rome dan Istana Buckingham di London.

Namun tak ramai yang tahu binaan-binaan ini sebenarnya hampir-hampir tidak lagi wujud sehingga kini disebabkan beberapa sebab. Iluminasi.com kongsikan 8 mercu tanda popular di seluruh dunia yang hampir-hampir lenyap atau musnah dari muka bumi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Colosseum, Itali

colosseum mercu tanda hampir musnah satu ketika dahulu 3

Walaupun 2 daripada 3 bahagian Collosseum telah hancur, ia masih dianggap sebagai antara struktur paling popular di dunia. Selepas pembinaanya ketika abad ke-1 CE, Colloseum telah disambar kilat sebanyak 2 kali.

Pertama kali ia disambar kilat adalah pada tahun 217 yang telah membakar lantai kayu arena ini. 103 tahun kemudian, ia sekali lagi disambar namun kali ini tidak terbakar.

colosseum mercu tanda hampir musnah satu ketika dahulu

Antara yang telah merubah bentuk dan binaan Colloseum seperti yang dilihat pada hari ini adalah disebabkan gempa bumi pada tahun 847 dan 1231 yang merobohkan batu-batu dinding bahagian bangunan ini.

Selain itu daripada bencana alam, manusia juga menjadi penyebab kerosakan bangunan ini.

colosseum mercu tanda hampir musnah satu ketika dahulu 2

Hiasan dan batu-batu berharga yang menjadi sebahagian daripada binaan ini telah diambil dan digunakan dalam struktur lain. Dikatakan tangga St. Peters di Rome dibina daripada batu-batu yang diambil dari Collosseum.

2. Menara Eiffel, Perancis

menara eiffel mercu tanda hampir musnah satu ketika dahulu 3

Menara Eiffel yang terletak di tengah-tengah kota Paris dan menjadi mercu tanda paling ikonik di negara itu bukan hampir-hampir musnah, malah hampir tak dibina langsung.

Sebelum ia dibina, rancangan ini mendapat tentangan daripada orang awam yang bimbangkan kos yang diperlukan dan dikatakan akan merosakkan pemandangan bandar itu.

menara eiffel mercu tanda hampir musnah satu ketika dahulu 2

Menara Eiffel akhirnya siap pada tahun 1889 bertujuan menjadi bangunan sementara yang bakal dirobohkan selepas 20 tahun.

Namun disebabkan nilai menara ini sebagai stesyen telegraf radio membuatkan perobohannya dibatalkan.

menara eiffel mercu tanda hampir musnah satu ketika dahulu

Ia sekali lagi berhadapan ancaman perobohan apabila komander Nazi, Jeneral Dietrich von Choltitz telah diarahkan oleh Adolf Hitler untuk memusnahkan bandar paris, termasuklah menara ikonik ini.

Nyawa Menara Eiffel masih panjang kerana sekali lagi gagal untuk dirobohkan disebabkan Jeneral Dietrich mengingkari arahan tersebut. Pihak Perancis juga cuba mempertahankan menara ini dengan memotong kabel lif menyebabkan pihak Jerman terpaksa menggunakan tangga untuk mendapatkan komunikasi radio.

3. Taj Mahal

taj mahal mercu tanda hampir musnah satu ketika dahulu

Bangunan yang menjadi simbol cinta ini juga mengalami ancaman ketika abad ke-18. Terdapat desas-desus bahawa pada tahun 1830, Taj Mahal hampir-hampir dirobohkan dibawah arahan Lord William Bentick, Gabenor Inggeris di India.

Tindakan tersebut dilakukan kerana rancangan beliau untuk melelong batu marmar daripada Taj Mahal kepada orang British kelas atasan.

Walaupun tidak diketahui kesahihannya, Taj Mahal sekali lagi mengalami ancaman pada tahun 1857. Tentera-tentera dan kerajaan Inggeris mengambil batu-batu berharga dan lapis lazuli daripadaa dinding-dinding Taj Mahal ketika pemberontakan 1857.

Namun pemulihan mahligai ini oleh wakil Inggeris, Lord Curzon telah mengembalikan keindahan Taj Mahal.

4. Menara Condong Pisa

menara condong pisa mercu tanda hampir musnah satu ketika dahulu 3

Bukan menara condong di Teluk Intan, tetapi ini Menara Condong Pisa di Itali hampir diserang oleh tentera Amerika Syarikat ketika Perang Dunia Kedua. Ketika itu, tentera Amerika mengesyaki menara ini digunakan oleh pihak Jerman sebagai menara pemerhatian.

Seorang tentera Amerika, Leon Weckstein telah diberikan satu misi yang sangat berbahaya iaitu mendekati menara tersebut dengak jarak sedekat yang boleh untuk mengesahkan sama ada ia benar-benar digunakan tentera Jerman.

menara condong pisa mercu tanda hampir musnah satu ketika dahulu 4

Dalam buku beliau. Through My Eyes :91st Infantry Division in the Italian Campaign, Leon memberikan kredit terhadap keindahan bangunan itu, dan ketakutannya kerana tidak memberikan arahan yang mungkin menyebabkan menara itu lenyap dari muka bumi.

5. Istana Buckingham dan Katedral St. Paul

istana buckingham mercu tanda hampir musnah satu ketika dahulu

Katedral St.Paul dan Istana Buckingham merupakan lokasi wajib bagi pelancong yang mengunjungi London, England. Namun, tak ramai yang tahu kedua-dua monumen bersejarah ini hampir-hampir lenyap dari muka bumi.

Ia berlaku ketika Perang Dunia Kedua menerusi apa yang dipanggil "London Blitz". Kota London diserang sebanyak 71 kali dalam masa 267 hari dan telah menyebabkan kerosakan yang sangat dahsyat.

istana buckingham mercu tanda hampir musnah satu ketika dahulu 3

katedral st paul mercu tanda hampir musnah satu ketika dahulu 541

katedral st paul mercu tanda hampir musnah satu ketika dahulu 2

Istana Buckingham dibom sebanyak 7 kali manakala Katedral St. Paul pula sebanyak 10 kali. Namun, umur kedua-dua bangunan ini masih panjang disebabkan struktur yang sangat kukuh.

6. Sphinx

sphinx mercu tanda hampir musnah satu ketika dahulu

Monumen The Sphinx yang terletak di Mesir ini dipercayai dibina pada zaman Kerajaan Tua purba Mesir di antara tahun 2558 hingga 2532 BC. Disebabkan binaan ini tidak diawasi, ia hampir-hampir ditenggelami pasir secara keseluruhan.

Ia digelar oleh penduduk tempatan yang tidak menyenangi situasi itu sebagai "Bapa Keganasan", kerana hanya kepala Sphinx ini saja kelihatan. Keadaan ini berlarutan untuk bertahun lamanya sehinggalah ia digali di antara tahun 1925 hingga 1936.

7. White House

white house mercu tanda hampir musnah satu ketika dahulu

Bagi White House pula, tahun 1814 merupakan tahun yang paling meninggalkan kenangan buruk dalam sejarah. Ketika Perang 1812, pihak Inggeris telah menceroboh kediaman presiden, menggeledah dan membakar White House.

26 jam selepas serangan tersebut termasuklah 3 peluru berpandu yang menghentam Washinton D.C, tentera Inggeris telah beredar daripada bangunan tersebut disebabkan angin dan hujan yang kuat, memadamkan kebakaran di kawasan sekitar.

white house mercu tanda hampir musnah satu ketika dahulu 2

Presiden Amerika Syarikat ketika itu, James Madison tidak pernah kembali ke White House lagi semenjak kejadian itu.

8. Menara KLCC

colosseum mercu tanda hampir musnah satu ketika dahulu 9

Tak sangka negara kita juga mempunyai mercu tanda yang mungkin menjadi mangsa. Walaupun ia hanya kata-kata, namun mungkin ia boleh menjadi kenyataan. Perbalahan antara Tun Dr Mahathir dengan kerajaan Malaysia kini mungkin membawa padah.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata kerajaan dengan mudah mampu menghapuskan legasi Tun Dr Mahathir dengan merobohkan Menara Berkembar Petronas yang selama ini menjadi mercu tanda Malaysia.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai mengulas dakwaan bekas perdana menteri itu bahawa kerajaan mahu memadamkan legasi beliau dengan membunuh idea pengeluaran kereta nasional iaitu Proton. 

Rujukan :

1. Lonely Planet

2. Mental

3. Daily Mail




Hakcipta iluminasi.com (2017)