menara eiffel mercu tanda perancis

Menara Eiffel tersangat terkenal sehinggakan ia bukan sahaja menjadi simbol kepada kota Paris bahkan kepada seluruh Perancis.

Ia tidak pernah menghampakan terutamanya apabila 20,000 unit mentol yang dilengkapi pada menara ini dinyalakan. 

Didirikan oleh Gustave Eiffel untuk memperingati ulang tahun ke seratus Revolusi Perancis pada tahun 1889, monumen epik ini menarik lebih daripada 6.9 juta pelawat secara konsisten dari seluruh dunia untuk melihatnya dan mengambil gambar setiap tahun.

gustave eiffel pencipta menara eiffel

pembinaan menara eiffel 765

Anda akan dapat melihat imej-imej Menara Eiffel yang menarik dalam buku banduan, artikel dalam talian dan Instagram. Namun, apa yang anda tak sedari adalah anda hampir tidak pernah melihat foto atau video Menara Eiffel yang diambil pada waktu malam.

Mungkin ada yang mengambil secara curi-curi tetapi secara teknikalnya tindakan ini adalah menjadi satu kesalahan undang-undang di Paris.

Tertakluk kepada undang-undang hak cipta

Larangan ini disebabkan oleh undang-undang hak cipta Perancis yang memberikan hak eksklusif penjualan dan pengedarannya kepada pencipta asal sesuatu objek.

Tempoh hak eksklusif ini tidak tertakluk kepada hayat pencipta tersebut tetapi untuk jangka masa yang panjang selepas kematiannya.

menara eiffel dilarang diambil gambar pada waktu malam

Menurut undang-undang hak cipta, bangunan-bangunan diklasifikasikan dengan tahap yang sama dengan hasil karya artistik seni yang anda jumpa di muzium, atau sama seperti hak cipta yang lain sebagai contoh hak cipta cap dagangan Apple.

Dalam Kesatuan Eropah, undang-undang hak cipta bertahan selapa 70 tahun selepas kematian penciptanya.

Sesetengah negara melaksanakan undang-undang yang lebih longgar seperti Pakistan yang mana hak cipta sah selepas 50 tahun kematian, dan di negara-negara lain lebih lama seperti Jamaica dengan tempoh 95 tahun selepas kematian.

70 tahun selepas kematian Gustave Eiffel

Berhubung dengan Menara Eiffel, hak cipta menara ini dimiliki oleh Gustave Eiffel dan beliau meninggal dunia pada tahun 1923, dan hak cipta tamat selepas 70 tahun, pada tahun 1993.

gambar menara eiffel pada waktu malam 193

Ketika ini, kemiripan dan reka bentuk menara ini dibenarkan memasuki domain awam, bermakna orang ramai boleh mengambil gambar Menara Eiffel pada waktu siang dan memuat naik ke laman Facebook contohnya.

Walaubagaimanapun, terdapat kerumitan yang berlanjutan.

Lampu-lampu yang terpasan pada Menara Eiffel hanya dipasang pada tahun 1985, oleh Pierre Bideau.

Ini bermakna mana-mana gambar atau video yang menunjukkan monumen ini pada saat lampu terpasang iaitu pada waktu malam, telah melanggar undang-undang hak cipta.

Segala apa yang dikongsi di platform media sosial dianggap sebagai pengederan namun semenjak tahun 2016, pelancong telah dibenarkan mengambil foto dan video bangunan yang dilindungi hak cipta untuk kegunaan peribadi, selagi tidak mempunyai faedah komersial seperti dijual dan sebagainya.


tags : , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)