Oleh pada 25 Sep 2017 kategori

menara eiffel dari jarak jauh 2

Kota Paris digelar sebagai kota cinta yang menjadi tarikan pelancong dari seluruh dunia. Namun, tiada apa yang lebih menarik di Paris melainkan sebuah menara yang berdiri gah sejak 15 Mac 1889, iaitu Menara Eiffel. Ia mula dibina pada tahun 1887 dan siap dua tahun kemudian.

Ia menjadi antara lokasi mengambil gambar paling popular di dunia, yang dikunjungi oleh lebih 7 juta pelancong setiap tahun.

menara eiffel dari jarak dekat

Dengan ketinggian puncak setinggi 324 meter, menara ini mempunyai 3 tingkat. Nama menara ini diperoleh daripada nama jurutera dan arkitek yang bertanggungjawab membina mercu tanda Paris ini, iaitu Gustave Eiffel.

Terdapat beberapa kemudahan di dalam menara ini termasuklah restoran, kedai cenderamata dan tandas awam. Pengunjung dapat menikmati panaroma seluruh bandar Paris daripada puncak tertinggi di kawasan ini.

resotran le jules verne

tangga eiffel tower

Namun, ada satu perkara yang tidak diketahui oleh orang ramai. Terdapat sebuah slot rahsia yang dihasilkan oleh Gustave, iaitu sebuah apartment untuk dirinya. 

Terletak di tingkat 3 Menara Eiffel, saiznya tidak begitu besar, namun sangat selesa dan sama sekali bertentangan dengan binaan menara besi yang kelihatan kaku itu. Ia dilengkapi dengan perabot seperti almari kayu dan piano, serta dihiasi dengan kertas dinding yang membuatkan suasananya sangat tenteram.

walaupun kecil tetapi selesa

patung gustave eiffel dan thomas edison

Berita mengenai apartment tersebut mengejutkan penduduk Paris, dan membuatkan masyarakat tempatan yang berada dan berkedudukan tinggi berasa cemburu. Dikatakan ramai yang cuba untuk menyewa apartment di menara yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia selama 40 tahun itu, walaupun hanya satu malam.

Namun kesemua tawaran itu ditolak oleh Gustave yang lebih suka menggunakan ruang tersebut untuk menghiburkan tetamu berprestij seperti Thomas Edison, yang menghadiahkan Gustave mesin fonograf ciptaanya.

apartment gustave

ruangan di dalam apartment

Bertentangan dengan apartment itu terdapat sebuah makmal yang dilengkapi dengan alatan ujikaji ketika itu. 

Selepas berdekad lamanya apartment ini tidak dibenarkan akses kepada pengunjung, ia kini dibuka untuk dilawati dan ditonton.

Hampir kesemua barangan dan perabot yang ada adalah seperti yang digunakan oleh Gustave satu ketika dulu. Juga terdapat 2 patung yang dihasilkan khas dengan rupa Gustave Eiffel dan Thomas edisan, yang kelihatan pucat.

Jika anda mengunjungi menara ini, jangan lupa untuk singgah ke apartment ini untuk menyaksikannya sendiri.


tags : , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)