Impian menggalas tanggungjawab sebagai ibu biarpun masih solo, membuatkan pelakon, pengacara dan penyampai radio, Zulin Aziz terpanggil untuk mengambil anak angkat sendiri.

Kini, Zulin merupakan ibu kepada seorang anak angkat berusia 7 tahun bernama Puteri Eryna Amanda.

Bercerita lanjut, Zulin berkata, kanak-kanak perempuan itu merupakan anak kepada kawan baiknya yang juga pembantu peribadinya (PA).

"Saya memang dah lama mencari anak angkat tapi prosesnya cukup susah.

"Alhamdulillah, saya tak sangka ALLAH takdirkan Amanda dengan saya.

"Saya dah kenal dia daripada lahir malah saya yang namakan dia, cuma baharu sekarang saya ambil dan jaga dia," katanya memetik laporan portal Sinar Harian.

Zulin mengaku peranan sebagai seorang ibu bukanlah suatu tugasan yang mudah.

zulin aziz bergelar ibu 2

"Saya ambil dia sebagai peneman. Yelah, saya pun duduk seorang diri.

"Tapi, dia memang dah biasa dengan saya sejak kecil lagi. Cuma baharu sekarang kami duduk serumah," katanya.

Sementara itu, Zulin yang berusia 29 tahun ini nekad menjayakan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin.

"Alhamdulillah, saya dikurniakan anak yang mempunyai pemikiran bijak.

"Dia pun faham dengan situasi dia dan tak suka susahkan orang. Semua benda dia buat sendiri," katanya.

Beliau kini merencana beberapa aktiviti menarik untuk mengisi jadual masa si cilik itu.

"Saya pun dah susunkan jadual untuk aktiviti dia nanti," katanya.

zulin aziz bergelar ibu 3

zulin aziz bergelar ibu 4

zulin aziz bergelar ibu 5  

Kredit foto: Instagram Zulin Aziz




Hakcipta iluminasi.com (2017)