Oleh pada 25 Dec 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Zulin Aziz & Instagram Iqram Dinzly

Aktres dan hos, Zulin Aziz kecewa dengan tindakan segelintir netizen yang menghentam aktor Iqram Dinzly tanpa mengetahui isu sebenar yang menimpanya.

Zulin, 28, berkata, orang di luar sana haruslah memahami sekaligus memberikan sokongan kepada aktor itu kerana beliau mungkin dibelenggu masalah sewaktu membuat aksi secara langsung di media sosial.

"Aku tak faham yang sejenis pergi kat 'live' (Instagram) Iqram Dinzly, kemudian memaki-maki dia. Manalah tahu dia tertekan ke apa. Kau (netizen) tambah lagi buat apa. Kasihan aku tengok. Bagilah dia semangat atau doakan dia," katanya dalam laman Twitter.

Penyampai radio Suria FM itu berpendapat aksi pelik yang dipertontonkan Iqram mungkin berpunca daripada asakan komen melampau netizen.

"Pada mulanya dia menari saja. Tetapi apabila orang mengusik dan kata dia macam-macam, sibuk hal dia, mungkin sebab itu dia buat lagi teruk sebab geram sangat," katanya.

Dalam pada itu, Zulin menegaskan Iqram yang dikenalinya adalah seorang yang berhati mulia dan tidak pernah melupakan kewajipan sebagai umat Islam.

"Iqram ini memang solat tak tinggal. Lepak dengan dia di pusat beli belah, dia cari surau. Datang rumah terbuka aku, dia minta tumpang solat. Bukan di buat-buat pun," dedahnya.

Iqram mula mencetuskan kontroversi selepas beraksi secara langsung dalam beberapa video di media sosial dengan pelbagai perlakuan pelik.

Sungguhpun dia menjelaskan apa yang diperlakukan itu hanyalah gimik untuk mempromosikan perniagaan, namun netizen tetap tidak berhenti mencaci, menggelarkannya gila dan mempunyai masalah mental. 

Sumber berita: BH Online 




Hakcipta iluminasi.com (2017)