Kredit foto: Instagram Zulin Aziz

Zulin atau Farah Azleenda Abdul Aziz, 29, sememangnya dikenali umum sebagai selebriti berbakat serba boleh. 

Juga siapa sangka, bukan sahaja mempunyai vokal nyanyian yang baik, malah beliau mampu menulis lirik lagu yang mendalam maknanya.

Dalam kiriman Instagram semalam, juara Perang Bibir musim pertama itu berkongsi senikata lagu ciptaannya yang diberi judul 'Keliru'.

Sedikit petikan liriknya:

Biarku tahu kau milik yang lain

Tetap ku di sini memilih kamu

Usaha ditanya kenapa kerna ku tak tahu

Mengapa mesti kaulah orangnya..

Bercerita lanjut, Zulin berkata, lirik lagu itu dicipta berlandaskan pengalaman lalu, malah ditujukan buat seseorang.

“Lirik lagu Keliru ni khas buat ‘si lembab ubi’. Suka tapi tak mahu bagitahu. Lepas itu, bila orang dah move on, baru nak cari.

“Saya tulis lirik berdasarkan pengalaman sendiri. Keliru dengan orang yang datang dalam hidup kita,” tulis Zulin.

Sebelum ini, sebagaimana yang diketahui ramai, pelakon dan pengacara ini acapkali digosipkan dengan beberapa nama popular. 

Begitupun, beliau nampaknya lebih selesa dengan status solo. 

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mengakui senikata lagu itu begitu dekat dengan kehidupan masyarakat masa kini.

“Keliru sampai dah tawar hati dan angkat kaki. Lepas ni, nak buat lagu ala-ala Jomblo Happy atau Tembam is Ohsem. Yeahh tunggu cari ilham,” katanya berjenaka.

Sumber berita: Sinar Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)