Oleh pada 13 Feb 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Zulin Aziz

Artis versatil, Zulin Aziz terkejut apabila video lakonan yang dikongsinya di laman Instagram dua hari lalu menjadi tular dan mencetuskan kekeliruan ramai.

Video selama seminit itu memaparkan beliau naik angin apabila ada individu yang mempertikaikan bentuk badannya. 

 “Saya tulis di ruangan kapsyen video bahawa itu adalah gaya budak sekolah bergaduh.

“Tak sangka ada pihak salah faham serta menganggap saya benar-benar marah dan tujukan kata-kata itu kepada individu tertentu,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Ujarnya, bukan niatnya inginkan perhatian, namun apa yang dimuatnaik itu hanyalah sekadar hobi.

“Kalau yang mengikuti akaun Instagram saya, tentunya mereka tahu saya gemar memuat naik video parodi dan sebagainya.

“Ia sebahagian apa saya muat naik dan bukan niat mencari perhatian dan sebagainya,” katanya.

Dalam masa sama, Zulin bersyukur kerana kiriman itu mendapat respon positif  netizen yang menganggap dirinya sedang bersuara mewakili orang-orang berbadan gempal.

“Ada beberapa individu menulis komen menganggap saya mewakili suara orang-orang berbadan besar.

“Saya lihat dari sudut positif itu mungkin memberikan semangat kepada insan bertubuh seperti saya supaya tidak rasa rendah diri dan sebagainya,” katanya.

Sehingga kini video itu meraih 170 ribu tontonan dan lebih 1,200 komen para pengikut.

Malah beberapa portal hiburan turut berkongsi rakaman berkenaan menerusi laman Twitter. 

Sumber berita: Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)