Oleh pada 11 Feb 2018 kategori

zulin aziz dipancing datuk tua

Kredit foto: Mstar

Artis serba boleh, Zulin Aziz, 29, kini sedang mencari calon suami.

Mengenangkan usia yang makin lanjut, Zulin akui terbuka untuk menjalin cinta dengan mana-mana lelaki.

“Tapi yang datang semuanya 'hampeh'. Kita nak cari yang alim. Bukanlah alim mana tapi adalah ciri-ciri pembimbing isteri tu dah cukup. Tak kaya pun tak apa," kata Zulin.

Pada masa sama, beliau yang juga penyampai radio Suria itu mendedahkan pengalaman 'dipancing' oleh lelaki tua.

“Pergi event kena mengurat dengan Datuk tua. Tak sanggup adik,” ujarnya.

Malah, kata Zulin, sudah tujuh tahun dia tidak berhubungan serius dengan mana-mana jejaka. Jika ada sekalipun, belum sempat bercinta, hubungan itu sudah terputus di tengah jalan.

“Lelaki yang datang dalam hidup nak skandal saja ke apa ke tak tahulah,” luahnya.

Mengenai gosip yang mengaitkannya dengan pelakon dan model, Ahya Rosli, Zulin memberitahu mereka hanyalah sahabat.

Apatah lagi jurang gaya hidup tidak memungkinkan hubungan itu untuk pergi jauh.

“Gaya hidup kami tak sama.

"Orang ‘kenen-kenen’ tapi tak ada apa-apa pun,” akuinya.

Sumber berita: Sinar Harian


tags : , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)