Oleh pada 31 May 2017 kategori

zulin aziz buat hal 1

Kredit foto: Mstar 

Tidak dinafikan nama pelakon Zulin Aziz semakin mendapat tempat di hati peminat industri hiburan. Lebih menarik lagi bakat Zulin tidak hanya terhad sebagai pelakon, malah beliau juga mampu melawak dan mengacara dengan baik.

Sungguhpun begitu, dalam gemerlapan bintangnya yang semakin menyerlah, baru-baru ini kedengaran cerita yang kurang enak tentang pelakon filem Bo-Peng ini. Menerusi laporan Mary Jane di Pancaindera Utusan Mingguan, ada soseh-soseh yang mengatakan Zulin sudah naik tocang. Eh betul ke?

Dalam erti kata yang lebih mudah, sudah besar kepalalah. Bukan sahaja tidak mahu dengar pendapat orang dan segala kerja asyik ikut kepala sendiri, malah apabila ditegur dia buat muka pula.

Ini kenyataan dakwaan oleh Mary Jane.

zulin aziz buat hal 2

Kredit foto: Instagram Zulin Aziz

Mary Jane tak gemar mendengar cerita tentang Zulin ini apabila membabitkan sikapnya yang dikatakan enggan lagi mendengar cakap orang sekeliling. Dah pandai ikut kepala sendiri, terutama sekali dalam bab kerja, memang kerap ikut kepala dia. Langsung tak nak duduk berbincang dulu. Kalau ditegur, terus tunjuk muka masam. Hah, nak memberontaklah tu.

Menurut sumber itu lagi, dia bimbang sikap negatif Zulin ini akan menjejaskan perkembangan kerjayanya. Jangan kerana satu kontroversi ini, potensi yang ada untuk bergelar bintang yang bersinar disia-siakan. 


tags : , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)