Oleh pada 08 Jan 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Fouziah Gous & Instagram Iqram Dinzly

Aktres, Fouziah Gous, 36, yang pernah rapat dengan Iqram Dinzly, ditanya tentang reaksinya melihat keadaan terkini aktor itu.

Mengakui sudah lama tidak berhubung, Fouziah menganggap mereka telah mempunyai kehidupan masing-masing dan dia tidak tahu apa terjadi kepada pelakon berkenaan.

“Saya tidak membaca atau mengikuti perkembangannya di laman sosial. Memang saya tidak tahu mengenai dakwaan dirinya murung dan berkelakuan pelik.

“Kenapa sampai jadi begitu? Mungkin kerana ayahnya meninggal dunia dan dia melayan perasaannya. Bila ada masa nanti, saya akan bertanya kepada kawan-kawan lain mengenai perkara itu,” katanya dalam laporan Harian Metro.

Fouziah telahpun mendirikan rumah tangga dengan Mohd Zhafran Mohd Yusof pada 21 September 2013 dan sehingga kini dikurniakan dua anak, Muhammad Zeeshan, 2, dan Zaheen Yusof yang lahir pada 9 November lalu.

Mengulas mengenai kali terakhir dia berbicara dengan Iqram, Fouziah memberitahu dia ada mengucapkan takziah kepada aktor tersebut sewaktu bapa beliau meninggal dunia pada 10 Oktober lalu.

“Itu kali terakhir saya berhubung dengannya. Ketika itu saya sarat mengandung anak kedua. Menyusul selepas itu, saya melahirkan anak kedua dan menjalani tempoh berpantang.

“Sebab itu saya tidak tahu apa yang berlaku kepadanya,” katanya.

Iqram, 37, mula mencuri tumpuan di alam maya menerusi beberapa siri video Instagram Secara Langsung yang memaparkan beberapa aksi pelik seperti menari, menyanyi dan bermain dengan senjata tajam.

Ekoran itu, segelintir netizen mendakwa pelakon itu gila dan sesat. Manakala Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri melahirkan hasrat untuk bertemu empat mata dengannya. Ada juga pihak yang meminta dia berjumpa pakar untuk rawatan susulan.

Sumber berita: Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)