Kredit foto: Instagram Iqram Dinzly

Kerana kecaman hebat netizen di laman sosial, Iqram Dinzly, 36, memberitahu dia sudah hilang kekuatan.

Iqram yang kembali menjadi bualan apabila beraksi pelik dan lucah di laman Instagram, kebelakangan ini berkata, dia enggan keluarga dan para pengikutnya berpecah-belah gara-gara kiriman videonya.

Beliau membuat kenyataan itu pada malam Sabtu lalu dalam 'Instagram Secara Langsung' yang memperlihatkannya sedang memandu.

Dalam pada itu, netizen meminta aktor itu supaya tidak berputus asa dan terus kuat. 

salam terakhir iqram dinzly sudah tidak kuat 2

Kredit foto: Media Hiburan

Sementara itu, Iqram menerusi sebuah Insta Stories terbaru, mengakui tuduhan netizen yang mengatakannya mempunyai masalah mental adalah benar.

Namun dia menyalahkan orang ramai sekaligus mempersoalkan apakah silapnya hingga diperlakukan sedemikian rupa.

Di akhir entri itu, Iqram memberi bayangan bahawa dirinya bakal meninggal dunia.

"Memang aku pelik! Aku jadi begini disebabkan kau wahai netizen.

"Apa salah aku? Berdosakah aku?

"Taburlah bunga di atas pusaraku setelah aku lafazkan salam terakhir," katanya.

salam terakhir iqram dinzly sudah tidak kuat 3

Kredit foto: Media Hiburan

Sumber berita: Media Hiburan




Hakcipta iluminasi.com (2017)