Oleh pada 11 Feb 2018 kategori

kontroversi kiriman terbaru iqram dinzly dianggap terpesong dan perlu pemulihan 1

Kredit foto: Instagram Iqram Dinzly

Aktor Iqram Dinzly yang sering menimbulkan polemik dengan pelbagai kiriman pelik di media sosial, sekali lagi menjadi perhatian selepas memuat naik foto memegang bahagian dada sebuah patung.

Kiriman yang dikongsi dua hari lalu itu antara lain disertakan kapsyen berbaur peringatan dan nasihat.

Begitupun, netizen nyata tidak menyenangi entri anak kelahiran Perak itu kerana foto dan kapsyennya yang dianggap tidak selari dan bertentangan.

Masyarakat menggesa Iqram untuk mendapatkan bimbingan dengan segera kerana sudah terpesong.

kontroversi kiriman terbaru iqram dinzly dianggap terpesong dan perlu pemulihan 2

Kredit foto: Instagram Iqram Dinzly

Tidak hanya itu, netizen yang bimbangkan keadaanya meminta Iqram agar ke pusat pemulihan untuk mendapatkan bantuan.

Namun, ada juga segelintir yang menyelar kecaman yang diberikan kepada beliau kerana terlalu kasar dan dianggap kurang sopan.

Sebaliknya, mereka menyeru agar masyarakat menilai maksud tersirat kiriman yang dimuatnaik dan bukanlah hanya tahu mengeji dan menghina.

Sumber berita: Astro Gempak


tags : , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)