Pelawak dan aktor Zizan Razak menerima pencalonan awal tertinggi dalam Top 20 Anugerah MeleTOP Era (AME 2018).

Lima daripada 16 kategori yang menyenaraikan namanya ialah Duo MeleTOP, Pelakon MeleTOP, Artis Lawak MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP, dan Fesyen MeleTOP.

Dalam pada itu, tiga lagi nama popular iaitu Siti Nordiana, Alif Satar dan Nabil Ahmad masing-masing berada dalam tiga pencalonan awal Top 20.

Antara nama-nama baharu yang turut serta ialah Wany Hasrita, Hannah Dalisha, Farah Nabilah, Floor 88 dan Shaa.

Selain itu, kategori Si Cilik MeleTOP menyaksikan persaingan beberapa anak pasangan selebriti popular, antaranya anak Shaheizy Sam iaitu Syariv Samheizy, Yusof Iskandar (Hairul Azreen), Lara Alana (Awal Ashaari), dan Aaisyah Dhia Rana (Rozita Che Wan).

Ketua Kandungan Dan Inovasi Astro, Namanzee Harris berkata, penganjuran buat kali kelima ini tetap tampil dengan format asal iaitu untuk meraikan karya dan personaliti paling hit dalam bidang muzik, radio, televisyen, filem dan digital sepanjang 2017.

zizan razak ungguli pencalonan awal ame 2018 2

“Pengiktirafan yang diberi ini dapat memberi semangat untuk penggiat seni bagi menghasilkan karya yang lebih bermutu dan kerjaya seni mereka berkembang seiring dengan kemenangan dicapai,” ujarnya.

Difahamkan, kesemua nama yang tersenarai dalam pencalonan awal tersebut adalah hasil proses pemilihan dalam sesi penilaian tertutup daripada penal juri khas yang berpengalaman dalam industri hiburan tanah air.

Undian fasa pertama untuk menentukan lima calon akhir bagi setiap kategori boleh dibuat dari tarikh 22 Januari hingga 23 Februari depan.

Fasa kedua untuk penentuan pemenang setiap kategori pula dari 6 Mac hingga 8 April pada pukul 12 tengahari, undian menerusi laman web rasmi, aplikasi ERA dan Raku serta kiriman SMS.

AME2018 yang bersiaran secara langsung pada 8 April depan di Axiata Arena, Bukit Jalil dikemudi oleh pasangan hos popular, Nabil Ahmad dan Neelofa.

Undian dibuka bermula Selasa di www.anugerahmeletopera.com.

Kredit foto: Instagram Meletop

Sumber berita: Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)