doakan zizan pelawak kesayangan ramai cedera 1

Kredit foto: Instagram Zizan Razak

Pelakon dan pelawak Zizan Razak mengalami kecederaan sewaktu berada di set penggambaran filem terbarunya, Polis Evo 2.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku ketika aktor itu sedang menjayakan sebuah babak aksi. 

"Hari ini Zizan cedera dalam satu babak aksi. Dan doakan Zizan cepat sembuh. Amin," tulis Zizan di laman Instagramnya, @zizanrazak869.

 .

Pelakon itu sempat berpesan supaya para peminat lebih menghargai karya filem dengan sama-sama memerangi gejala cetak rompak.

"Jadi nasihat Zizan kepada semua tolonglah jangan ada cetak rompak lagi atau curi curi rakam kerana bukan senang nak hasilkan sesebuah filem," katanya lagi.

doakan zizan pelawak kesayangan ramai cedera 2

Kredit foto: Instagram Zizan Razak

Kiriman itu turut disertai dengan hashtag #getwellsoon #zizanrazak #action #film #movie #love #live #polisevo2 #kitaok.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar aktor kesayangan ramai ini akan diberi kesembuhan dengan segera.

Polis Evo 2 antara lain dibintangi pelakon Shaheizy Sam, Raline Shah, Erra Fazira, Hairul Azreen dan ramai lagi.


tags : , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)