Kredit foto: Instagram Zizan Razak 

Siapa sangka. dalam diam pelawak Zizan Razak suatu ketika dahulu pernah menyimpan angan-angan untuk bergelar pelumba profesional. Namun dek kerana kekangan masa dan jadual kerjaya seni yang padat menghalang anak muda ini untuk mengejar impian tersebut. 

Bagaimanapun, Zizan dalam kenyataan terkininya mendedahkan impiannya itu telahpun tercapai. 

Ya, Zizan kini adalah pelumba profesional yang rasmi dan akan terlibat dalam perlumbaan MSF Racing Series 2017!

zizan kini bergelar pelumba profesional 2

Kredit foto: Instagram Zizan Razak

Sebenarnya sudah lama saya menyimpan impian untuk menjadi seorang pelumba kereta namun kekangan waktu kerja sebagai penghibur saya terpaksa tangguhkan dahulu. Sekarang ini saya bersungguh-sungguh untuk menunaikannya kerana jadual tidak padat dan saya telah mendapat tajaan daripada Raceberry Mayhem Motorsport. Peluang yang datang ini tidak mungkin akan disia-siakan dan ia bukan lagi merupakan satu hobi tetapi menjadi seorang pelumba kereta adalah satu kerjaya baharu buat saya. Secara tidak langsung ia menjadi punca rezeki dan saya ambil serius setiap kriteria yang sudah ditetapkan untuk menjadi seorang pelumba. 

Sumber: Astro Gempak

Zizan membuat kenyataan tersebut ketika ditemui di majlis menandatangani satu memorandum persefahaman diantara Super Acai Berry Nutritions bersama Mayhem Motorsport di Bukit Jalil Golf & Country Resort baru-baru ini. 

Malah dalam kenyataannya, Zizan mendedahkan tentang kesibukannya kini untuk menghadapi perlumbaan pertama di Sepang, 16 April ini. 

Saya masih melakukan persedian dan menjalani latihan bersama dengan pelumba kereta hebat iaitu Keifli Othman. Dia banyak membantu dalam berkongsi ilmu mengenai perlumbaan dan sering mengingatkan saya dari aspek keselamatan semasa berlumba. Peluang yang saya dapat ini bagaikan satu mimpi dan tidak mungkin akan disia-siakan begitu saja.

Sumber: Astro Gempak 

zizan kini bergelar pelumba profesional 3

Kredit foto: Instagram Zizan Razak 




Hakcipta iluminasi.com (2017)