Oleh pada 12 Aug 2017 kategori

mira filzah datang temankan zizan 1

Kredit foto: Beautifulnara

Meskipun sering menafikan perhubungan cinta mereka, namun gosip pelawak Zizan Razak dan aktres Mira Filzah kembali hangat diperkatakan selepas kehadiran Mira di Majlis Tayangan Perdana Filem Abang Long Fadil 2 yang berlangsung baru-baru ini. Sebagaimana yang kita maklum, filem tersebut diterajui oleh Zizan. 

Apa yang menarik perhatian, kehadiran Mira yang berpakaian serba hitam pada malam itu telah dijemput oleh Zizan di ruangan bawah Pavilion hingga ke pawagam sebelum berlangsungnya tayangan.

Zizan ketika ditemui enggan mengulas lanjut, sebaliknya memberikan respon dalam nada jenaka. 

mira filzah datang temankan zizan 2

Kredit foto: Instagram Zizan Razak

Pihak produksi yang jemput Mira datang. Petang itu dia (Mira) salah masuk panggung wayang, jadi saya turun ke bawah untuk menjemputnya. Susunan kerusi dalam panggung wayang pula mungkin secara kebetulan bersebelahan dengan ibu saya.

Sumber: Astro Gempak

Manakala Mira pula menganggap kehadirannya hanyalah sekadar untuk memenuhi jemputan, di samping menunjukkan sokongannya terhadap filem itu. 

mira filzah datang temankan zizan 3

Kredit foto: Instagram Mira Filzah

Saya datang atas jemputan Skop Productions. Kebetulan Zizan berlakon, akan ada tafsiran itu dan ini. Sebagai orang seni, saya percaya kita perlu saling menyokong. Itu tanda komitmen kita.

Sumber: BH Online

Filem Abang Long Fadil 2 antara lain turut menampilkan Syamsul Yusof, Datuk AC Mizal, Achey, Shuib dan Tania Hudson. Bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 24 Ogos ini. 


tags : , , , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)