Oleh pada 28 Jun 2017 kategori

pendedahan terkini mira filzah status hubungan dengan zizan 1

Kredit foto: yahoo.com

Sejak digandingkan dalam telefilem Jula Juli Bintang Cinta, nampaknya ada desas-desus yang mengatakan hubungan cinta antara aktres Mira Filzah dan pelawak Zizan Razak bertaut kembali.

Meskipun Mira tidak pernah mengakui akan hubungan tersebut, peminat terus meletakkan harapan agar beliau menerima Zizan sebagai teman hidupnya.

Enggan berselindung, Mira dalam kenyataan terbarunya menyatakan secara jelas bahawa hubungannya bersama pelawak itu hanyalah sekadar kawan, dan tidak mungkin akan bercinta. 

pendedahan terkini mira filzah status hubungan dengan zizan 2

Kredit foto: Instagram Mira Filzah

Maaf, cinta saya pada waktu ini bukan pada Zizan, bukan juga pada lelaki lain. Tak mungkin saya bercinta pada waktu sebegini kerana saya lebih selesa solo begini. Lagipun, saya tidak mempunyai waktu yang banyak untuk bercinta. Masa saya banyak dihabiskan dengan bekerja semata-mata. Selebihnya bersama keluarga tersayang. Kalau pun ada pihak yang mahu saya bercinta dengan Zizan, perkara itu tidak mungkin berlaku. Saya selesa berkawan saja, tidak lebih daripada itu. 

Sumber: Utusan Online

Nampaknya tiada lagi teka-teki yang cuba diselindungkan oleh Mira. Peminat juga sudah boleh berhenti berharap pada perhubungan pasangan tersebut.

pendedahan terkini mira filzah status hubungan dengan zizan 3

Kredit foto: terbakor.com


tags : , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)