Apabila disebut orang terkaya di Asia, rata-rata kebanyakan orang pasti akan terbayangkan nama-nama seperti Jack Ma (pengasas syarikat Alibaba) ataupun Ma Huateng (pengasas syarikat Tencent). Benar, kedua mereka adalah antara orang terkaya di Asia.

Walau bagaimanapun, bagi takhta keluarga terkaya di Asia, gelaran ini disandang oleh keluarga Ambani dari India. Walaupun keluarga ini mungkin kurang ternama dalam kalangan masyarakat dunia terutamanya orang Barat, kejayaan mereka dalam dunia perniagaan sangat mengkagumkan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kekayaan dianggarkan sekitar $42.7 billion

reliance industries limited

Pada tahun 2018, majalah Forbes menganggarkan kekayaan terkumpul yang dimiliki oleh keluarga ini adalah sebanyak $42.7 billion, menjadikan mereka sebagai keluarga terkaya di Asia.

Empayar perniagaan keluarga ini juga cukup besar meliputi pelbagai bidang seperti telekomunikasi, perniagaan tekstil, industri minyak dan gas dan sebagainya. Kekayaan yang dikumpul oleh keluarga ini semuanya bermula daripada bapa mereka, Dhirubhai Ambani yang mengasaskan syarikat Reliance Industries.

Menariknya, pada awalnya syarikat ini hanya berkecimpung dalam bidang perniagaan tekstil dan fabrik. Kini, syarikat ini telah melebarkan sayap dalam pelbagai industri lain. kehebatan syarikat ini dibuktikan apabila ianya telah tersenarai dalam senarai Fortune 500 dengan nilai sekitar $100 billion.

Konflik dalaman keluarga bagaiman drama pukul 7

keluarga terkaya asia 585

Jika kita biasa melihat drama di kaca televisyen mengenai anak-anak jutawan yang berebut harga pusaka selepas kematian bapa, keluarga ini juga tidak terlepas daripada konflik seperti ini. Segalanya bermula selepas Dhirubhai Ambani meninggal dunia pada tahun 2002 pada usia 69 tahun.

Konflik terjadi apabila si bapa tidak menulis waris mengenai pemberian harta pusaka untuk isteri dan kedua orang anaknya, Mukesh Ambani dan Anil Ambani. Ketiadaan wasiat daripada Dhirubhai Ambani telah menimbulkan konflik antara kedua beradik ini dan pertikaian mengenai siapa yang harus mengambil alih syarikat.

Pada tahun 2005, keduanya telah bersetuju untuk membahagikan syarikat milik ayah mereka kepada dua. Dalam perbincangan ini, ibu mereka telah mengambil jalan tengah bagi memastikan kedua-dua anaknya mendapat hak mereka secara sama rata.

Oleh itu, Mukesh telah diberikan hak perniagaan syarikat dalam industri minyak, gas, petrokimia dan penapisan. Sementara itu, Anil iaitu adiknya telah mengambil alih perniagaan syarikat ini dalam bidang pembinaan, telekomunikasi, pengurusan aset, hiburan dan perniagaan penjanaan kuasa.

Nasib yang berbeza dikalangan adik-beradik

mukesh dan anil ambani

Setelah keduanya menerima bahagian dalam perniagaan masing-masing, nampaknya Mukesh Ambani lebih berjaya dengan kekayaan yang dikumpul jauh mengatasi adiknya, Anil Ambani.

Pada tahun ini, iaitu pada usia 61 tahun, kekayaan Mukesh Ambani dianggarkan sekitar $42.7 billion, iaitu lebih tinggi daripada Jack Ma. Beliau kini merupakan Pengerusi dan juga pemegang saham terbesar syarikat Reliance Industries Limited.

Sementara itu, adiknya Anil Ambani, 59 tahun yang merupakan Pengerusi Reliance Group pula hanya memiliki kekayaan sekitar $1.5 billion. Jumlah ini lebih $40 bilion kurang daripada kekayaan yang dimiliki abangnya. Laporan daripada Bloomberg melaporkan pada tahun 2018, syarikat ini mengalami pelbagai kesulitan dan bisnes yang semakin merosot.

Memiliki rumah setinggi 27 tingkat

antilia

Selain kekayaan yang dimiliki keluarga ini dalam pelbagai bidang perniagaan, mereka juga terkenal kerena memiliki rumah yang berupa sebuah bangunan 27 tingkat. Nilai rumah ini dianggarkan sekitar $1 bilion.

Rumah yang diberi nama "Antilia" ini mempunyai keluasaan keseluruhan 37,000 meter persegi. Ini menjadikannya rumah tertinggi dan terbesar di dunia. Direkabentuk oleh arkitek terkenal dunia, rumah ini mampu menahan gempa bumi sehingga 8 skala Ritcher.

Apa yang ada pada rumah setinggi 27 tingkat ini? Segalanya yang anda impikan pada sebuah rumah mewah. Ini termasuklah taman, spa, panggung wayang, garaj yang boleh memuatkan lebih 100 biji kereta, dewan makan dan sebagainya.

Malah, dikatakan terdapat 600 orang staf yang telah digaji untuk menjaga rumah unik ini. Baca artikel kami Antilia : Rumah 27 Tingkat Yang Hanya Didiami Satu Keluarga untuk melihat lebih dekat keunikan dan kemewahan mahligai milik keluarga Ambina ini.

Kredit:

  1. Business Insider
  2. Forbes



Hakcipta iluminasi.com (2017)