India adalah pasaran motosikal terbesar di dunia dengan kira-kira 13% daripada India memiliki kenderaan dua roda.

Peratusan ini merangkumi sekitar 175 juta warga India yang memiliki motosikal, skuter atau moped  ((motosikal kecil kurang dari 50cc), lebih daripada 5 kali ganda populasi Malaysia.

Dan sebagai perbandingan, hanya 8% sahaja dari isi rumah di Amerika Syarikat yang memiliki motosikal.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Disebabkan pasaran motosikal di India tersangat luas, ini membuatkan pembuat motosikal Amerika iaitu Harley-Davidson cuba memasarkan produk mereka.

Syarikat yang sedang bergelut dari segi jualan ini percaya bahawa jika produk mereka disebarkan ke pasaran lain akan membantu mereka bertahan akibat penurunan jualan di negara asal dan kebimbangan terhadap masa depannya.

harley davidson 4

(Harley-Davidson Iron 883)

Namun, Harley-Davidson hanya memiliki sebahagian kecil daripada pasaran India dan jualan di negara ini menurun 21.6% pada tahun fiskal 2019 dan jatuh 7% pada tahun 2018.

Jumlah jualan motorsikal di India tidak termasuk skuter dan moped adalah 13.6 juta pada tahun 2019. Daripada jumlah ini, motosikal Harley-Davidson yang terjual hanyalah 2,676 unit atau 0.02% sahaja.

Ini membuatkan orang tertanya-tanya apa yang tak kena dengan Harley-Davidson dalam pasaran motosikal terbesar di dunia ini.

Kenderaan roda dua menjadi sesuatu yang biasa di jalan-jalan di India untuk tempoh yang sangat lama, namun pasaran motosikal benar-benar melonjak pada tahun 1980-an apabila pembuat motosikal Jepun iaitu Honda memasuki negara ini melalui kerjasama dengan syarikat India, Hero.

Dari segi jumlah, pasaran India masih dikuasai oleh jenama Jepun seperti Honda dan Yamaha.

geng harley davidson

Harley-Davidson memasuki pasaran negara ini kira-kira 10 tahun yang lalu tetapi ia menghadapi kesukaran untuk meningkatkan pengeluaran, mengembangkan pengedarnya dan rangkaian perkhidmatannya serta berhubung dengan pelanggan dalam persekitaran yang sesak.

India hanya menjadi pasaran motosikal terbesar di dunia pada tahun 2017 dan akhirnya melepasi China.

Namun Harley-Davidson menghasilkan motosikal yang mana tidak mampu dibeli oleh rakyat India. Malah, motosikal Harley-Davidson adalah terlalu mahal bagi 95% pembeli motosikal di India.

Ia sama ada memerlukan wang pendahuluan yang tinggi, mahal untuk diselenggarakan dan memerlukan bahan api yang lebih tinggi daripada pesaingnya.

Motosikal Harley-Davidson paling murah di India iaitu model Street 750 dijual dengan harga 578,700 Rupee atau RM33,000. Harga ini adalah 8 kali ganda berbanding harga median bagi motosikal pasaran besar-besaran.

harley davidson street 750

(Harley-Davidson Street 750)

Tetapi, Harley-Davidson adalah jenama yang dikenali ramai dan ramai orang India menganggap motosikalnya adalah sesuatu yang didambakan dan bukan semua pembeli memilih motosikal semata-mata berdasarkan kos atau keperluan praktikal.

Sudah tentu terdapat pengguna yang mahu memiliki Harley-Davidson jika mereka mampu namun kebanyakannya lebih memilih motosikal yang murah oleh pesaing.

Dan salah satu pesaingnya yang sangat popular dan berpangkalan di India ialah Royal Enfield. Juga merupakan penjual motosikal berat terbesar di dunia termasuk di India sendiri.

Walaupun motosikal Royal Enfield yang paling besar adalah lebih kecil daripada motosikal Harley-Davidson yang biasa, namun jenama ini mempunyai peminat yang sangat ramai, dengan kira-kira 3.5 juta motosikalnya di jalanan.

Ia mempunyai kumpulan penunggangnya sendiri yang mana diinspirasikan oleh Harley-Davidson dan Royal Enfield menganjurkan program menunggang motosikal pada hujung minggu.

royal enfield classic 350

(Royal Enfield Classic 350)

Motosikal Royal Enfield mungkin tidak mempunyai prestij dan gah yang sama seperti Harley-Davidson tetapi mereka mempunyai sejarah yang terkenal dan telah lama digunakan oleh tentera India.

Produknya juga boleh dimiliki dengan lebih murah, di mana motosikal Royal Enfield bersaiz sederhana iaitu model Classic 350 hanya dijual dengan harga sekitar RM10,600 dan model yang lebih besar seperti Interceptor 650 berharga RM17,500.

Harga-harga yang lebih murah ini menjadi pelonjak kepada jumlah pengeluaran motosikal Royal Enfield.

Jumlah jualan oleh syarikat ini naik sekitar 23% pada tahun fiskal 2018 dan meningkat 23.5% pada tahun 2019, dengan jualan sebanyak 805,300 unit.

Pengeluar motosikal lain seperti BMW menyedari akan hakikat ini dan menghasilkan motosikal yang lebih murah dan mampu dimiliki, khas untuk citarasa tempatan.

pengguna india tak mampu beli motosikal harley davidson

Harley-Davidson mula menghasilkan sesetengah model motosikalnya di luar Amerika Syarikat pada tahun kebelakangan ini untuk mengambil kesempatan terhadap kos buruh yang murah, kos penghantaran yang lebih rendah dan hubungan perdagangan tempatan di antara negara-negara.

Selain India, beberapa pasaran motosikal terbesar di dunia terletak di Asia termasuklah China, Indonesia, Vietnam dan Thailand, negara-negara di mana terdapat kilang Harley-Davidson.

Dorongan antarabangsa ini merupakan sebahagian daripada strategi yang lebih besar untuk menghidupkan semula perniagaan Harley-Davidson.

Umum setuju bahawa syarikat ini perlu melakukan sesuatu untuk menjamin masa depannya.

Walaupun pendapatan bersih global Harley-Davidson meningkat sedikit sebanyak 1.86% pada tahun 2018, tetapi ia merosot hampir 25% pada 2017, hampir 8% pada 2016 dan 11% pada tahun 2015.

harley davidson street fighter bronx 975

Di Amerika Syarikat, Harley-Davidson mempunyai jenama yang sangat kuat dan bahagian pasaran yang besar. Dan masalahnya adalah, pasaran tersebut semakin mengecil.

Di negara sendiri, ia membuat beberapa pelaburan dalam produk-produk baru seperti motosikal elektrik. Ia juga meningkatkan usaha untuk menarik para penulis muda dan berkecimpung dalam konsep seperti basikal elektrik.

Dan menerokai pasaran antarabangsa boleh memberikan peluang yang besar kepada Harley Davidson.

Syarikat ini mahu separuh daripada perniagaannya datang dari unit yang dijual di pasaran antarabangsa menjelang tahun 2027, meningkat sedikit dari tahun 2018.

Ini akan membantu ia mengharungi pasaran yang semakin menurun di AS.

Dan memantapkan kehadirannya dalam pasaran motosikal besar Asia boleh membantu melindung risiko dari perselisihan perdagangan antara AS dengan Kesatuan Eropah, yang mana dikatakan boleh mengancam perniagaan Harley-Davidson.

pasaran motosikal di india terbesar di dunia

Namun, meningkatkan pengeluaran di Asia membawa pelbagai kebimbangan baru.

Menjual motosikal yang lebih murah di seluruh dunia boleh meningkatkan penjualan, tetapi ia juga boleh mengurangkan keuntungan yang diperoleh Harley-Davidson untuk setiap unit motosikal.

Ketika ini, jenama ini memperoleh margin keuntungan yang paling dicemburui dalam perniagaan motosikal. Syarikat ini menyatakan bahawa mereka sedang merancang untuk melancarkan 2 model motosikal middleweight terbaru pada tahun 2020.

Mungkin kita akan dapat melihat model-model baru Harley Davidson yang lebih segar bugar dan memiliki harga yang berpatutan sepanjang tahun 2020 ini. Jadi, peluang untuk meningkatkan perniagaannya dan terus hidup adalah sangat besar, dan Harley-Davidson mahu memenangi perlumbaan ini.

Rujukan:

1. CNBC

2. Central Charts

3. Tree Hugger




Hakcipta iluminasi.com (2017)