Kredit foto: Instagram Ziana Zain

Sebelum ini, isu perkahwinan penyanyi Ziana Zain heboh diperkatakan ramai selepas suaminya, Armin Zaharin ditahan polis atas dakwaan mencederakan anak.

Rentetan itu, bukan sahaja Armin yang menjadi mangsa kecaman netizen, malah sebagai isteri tindakan Ziana turut dipertikai kerana dianggap keterlaluan apabila membuat laporan polis terhadap suami sendiri.

Tidak dapat menyembunyikan penderitaannya lagi, buat pertama kali Ziana mendedahkan punca sebenar dia memfailkan penceraian terhadap Armin yang juga bekas ketua pramugara itu.

ziana zain dedah suami ambil dadah cilikan kemaluan anak 2

Kredit foto: Instagram Ziana Zain

Memetik laporan Media Hiburan, Ziana mendedahkan suaminya itu seorang kaki pukul sehingga mengakibatkan lebam serta “pecah” di bahagian badan anak-anak mereka.

Apa yang mengejutkan, Ziana turut berkata, Armin pernah mencilikan kemaluan serta dubur anak kembar mereka yang ketika itu baru berumur 3 tahun.

Selain sikap panas baran, Ziana mendakwa lelaki itu turut mengambil dadah.

Bagaimanapun, penyanyi Putus Terpaksa ini menegaskan punca utama dia ingin berpisah kerana tidak sanggup mengenangkan nasib anak-anak mereka yang sering menjadi mangsa penderaan. Ziana berkata, tempoh 20 tahun yang dilalui bersama Armin sudah cukup membuatkannya mengenali sikapnya yang sebenar. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)