dakwa suami cederakan anak akhirnya ziana beri luahan

Kredit foto: Instagram Ziana Zain

Akhirnya penyanyi Ziana Zain tampil memberi luahan susulan isu suaminya, Armin didakwa atas kesalahan dengan sengaja menggunakan rotan sehingga mengakibatkan kecederaan pada anak mereka.

Luahan itu ditulis pada sekeping foto yang dimuatnaik di laman Instagram, berbunyi, "'Don't judge my path if you haven't walked my journey' (Jangan menilai jalan hidup saya apabila anda tidak melaluinya). 

Ia dipercayai sebagai respon balas kepada segelintir netizen yang mempersoalkan tindakannya membuat laporan polis terhadap suami sendiri.

Begitupun, para peminat menerusi ruangan komen memberikan kata-kata semangat, di samping menunjukkan mereka memahami situasi yang sedang dihadapi pelantun lagu Puncak Kasih ini.

Ia berdasarkan 'rekod bersih' perkahwinan Ziana yang tidak pernah dihinggap cerita negatif, justeru rata-rata merasakan penyanyi yang mengecap populariti sejak tahun 1991 itu mempunyai alasan rasional atas tindakan yang diambilnya.

Terdahulu, Armin yang berusia 53 tahun itu ditahan pada 2 Mac susulan laporan polis dibuat Ziana pada 27 Februari lalu.

Beliau didakwa dua hari lalu di Mahkamah Majistret Shah Alam, atas tuduhan dengan sengaja menggunakan rotan sehingga menyebabkan luka dan lebam ke atas anak lelakinya dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah di Denai Alam, jam 4 pagi pada 25 Februari lalu.

Armin didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan.

Kes disebut semula pada 4 April ini.

Ziana atau nama penuhnya, Siti Roziana Zain mendirikan rumah tangga dengan Armin pada 9 Mei 1998.

Sehingga kini, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.


tags : , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)