anak kemurungan jalani rawatan psikiatri lagi pendedahan ziana zain isu kemelut rumah tangga 1

Kredit foto: Instagram Ziana Zain

Penyanyi terkenal, Ziana Zain menyifatkan kehidupan berumah tangga yang dilalui bersama suaminya, Armin Zaharin umpama berada dalam neraka.

Ziana yang mendakwa dirinya mendapat penderaan mental, berkata, telah melalui episod perit sejak empat bulan usia perkahwinan.

"Tiada siapa tahu kerana saya diajar ibu bapa agar tidak menceritakan hal rumahtangga," katanya.

Bercerita lanjut, Ziana mengakui berasa trauma setiap kali pulang ke rumah selepas tamat bekerja.

"Melihat pagar pun saya dah meraung. Kalau orang lain rumahku syurgaku, tetapi bagi saya dan anak- anak, rumahku, nerakaku," katanya sambil mengalirkan air mata.

Tambahnya, dalam keadaan tidak sedar, dia terus memendam rasa dalam penderaan mental yang berlarutan sehingga 20 tahun.

"Bayangkan bagaimana saya menghadapinya. Tahap kesabaran saya sudah maksima," katanya.

Tidak sekadar itu, dia mendakwa, dirinya sering menjadi mangsa kata-kata kurang sopan suami walaupun ketika berada di kawasan awam mahupun di hadapan keluarga.

anak kemurungan jalani rawatan psikiatri lagi pendedahan ziana zain isu kemelut rumah tangga 2

Kredit foto: Instagram Ziana Zain

"Anak- anak sampai tidak mahu keluar makan bersama Armin kerana malu sekiranya diherdik," katanya.

Ziana merasakan di usianya kini yang sudah menginjak umur 50 tahun menjadi waktu paling sesuai untuk menamatkan penderitaan yang dialami.

"20 tahun saya berbakti kepadanya. Beri yang terbaik untuk dia. Walaupun bekerja, saya tetap memasak untuknya dan anak- anak.

"Jangan dia cakap saya tidak menjalankan tanggungjawab, tanya diri dia, apa tanggungjawab dia terhadap saya dan keluarga," katanya.

Dalam pada itu, Ziana berkata, anak-anaknya juga turut menjadi mangsa keadaan kerana menghidapi stress akibat perbuatan lelaki itu.

"Salah seorang anak terpaksa mendapat rawatan dan dirujuk ke psikitri selepas menghidapi simptom kemurungan sejak umur 14 tahun," dedahnya.

Katanya, perkara itu turut disuarakan oleh mereka yang tidak sanggup melihat dirinya terus menanggung derita.

"Mereka (anak-anak) tanya sampai bila terpaksa menanggung dan menyatakan tindakan Armin tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang bergelar suami atau bapa.

"Mereka beritahu saya, Ma don't died," kata Ziana sekali lagi mencurahkan air mata.

Penyanyi bersuara lantang itu menegaskan dirinya tidak pernah mengungkit apabila turut sama mencari rezeki dan berkongsi pendapatan yang diraih dalam dunia hiburan.

anak kemurungan jalani rawatan psikiatri lagi pendedahan ziana zain isu kemelut rumah tangga 3

Kredit foto: Instagram Ziana Zain

"Saya anggap ini rezeki, namun apabila dia buat saya macam ini, saya tidak akan tunggu lagi," katanya.

Lagi pula, kata Ziana, bekas ketua pramugara yang telah meninggalkan kerjaya dengan Malaysia Airlines (MAS) sejak tiga tahun lalu itu enggan bekerja dan mencari nafkah buat keluarga.

"Semuanya saya. Dia duduk rumah hisap rokok dan ambil anak sekolah sahaja," dedahnya.

Kata pelantun Madah Berhelah ini, kesabarannya benar-benar berada di kemuncak sebelum akhirnya nekad mengambil tindakan.

"Saya manusia paling sabar kalau orang lain anak pertama boleh cerai, saya boleh tunggu lagi dengan apa yang dia buat kepada saya," katanya.

Ziana berkata, ibu dan bapa saudara Armin juga menjadi saksi kepada pergolakan emosi yang ditanggung selama ini.

"Kalau mak saudara cakap, kau boleh sabar Rozie? Sabar betul kau Rozie? Jadi maksudnya apa?" katanya kepada pihak media sejurus selesai sebutan kes penceraiannya di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, semalam.

Sumber berita: Astro Awani & Sinar Harian

tags : , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)