Oleh pada 23 May 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Zaquan Adha 

Pemain bola sepak, Zaquan Adha menafikan beliau kini telah beralih arah ke dunia lakonan.

Dakwaan tersebut timbul selepas Zaquan muncul dalam sebuah iklan komersial bersama aktres Elfira Loy baru-baru ini.

Menurut Zaquan, dia hanya memenuhi undangan kerana tugasnya sebagai duta dalam iklan tersebut.

zaquan adha bergelar pelakon 2

Kredit foto: Instagram Zaquan Adha

Ada yang tanya sudah tak laku lagi ker main bola? Jawab saya bola sepak masih menjadi keutamaan sebab saya tahu saya tidak berbakat untuk menjadi pelakon. Cuma kalau setakat berlakon iklan bolehlah sikit-sikit sebab babak tak banyak. Hendak berlakon serius itu tidaklah.

Sumber: Astro Gempak

Tambah Zaquan, dia juga pernah menolak beberapa tawaran lakonan sebelum ini. Namun beliau menafikan punca enggan terjun ke bidang itu kerana takutkan kontroversi dan gosip.

zaquan adha bergelar pelakon 3

Kredit foto: Instagram Zaquan Adha

Tak berlakon pun ada gosip. Bagi saya kalau pandai bawa diri, segala gosip boleh dikendalikan dengan baik.

Sumber: Astro Gempak

Zaquan kini adalah duta kepada Kempen Terima Kasih TV3 & TV9 bersempena dengan program-program Ramadhan stesen televisyen berkenaan pada tahun ini. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)