ayu raudhah selamat bersalin zaquan adha kongsi wajah comel anak 1 544

Kredit foto: Instagram Zaquan Adha 

Semalam pelakon Ayu Raudhah dan suami, Zaquan Adha telah selamat menimang cahaya mata ketiga mereka.

Dilahirkan pada jam 10.52 pagi di Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur, Zaquan berkongsi berita gembira tersebut dengan para pengikut Instagramnya.

Beliau melahirkan rasa kesyukuran kerana bayi berjantina perempuan itu dilahirkan dalam keadaan sihat dan sempurna.  

ayu raudhah selamat bersalin zaquan adha kongsi wajah comel anak 4

Kredit foto: Instagram Zaquan Adha

Alhamdulillah dengan izin Allah, isteri saya selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 10.52 am pagi tadi. Syukur padamu, Ya Allah.

Zaquan juga tidak keberatan berkongsi gambar bayi yang seterusnya mengundang kebanjiran komen daripada netizen.

Rata-rata netizen geram melihat wajah bayi tersebut. Mereka turut mendoakan semoga proses berpantang Ayu akan berjalan dengan lancar dan selamat.

Dua lagi anak terdahulu kepada pasangan berkenaan adalah berjantina lelaki iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 4 dan Muhammad Aisy Aryann, 3.

ayu raudhah selamat bersalin zaquan adha kongsi wajah comel anak 2

ayu raudhah selamat bersalin zaquan adha kongsi wajah comel anak 3

Kredit foto: Instagram Zaquan Adha 


tags : , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)