Oleh pada 13 Jun 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @zahidarafik & Instagram @errafazira

      

Pelakon Zahida Rafik seperti memberi bayangan tentang punca sebenar Datin Seri Umie Aida merasakan dirinya dikhianati hingga menyebabkan dia membuat luahan sedih di Instagram, Selasa lalu.

Zahida seolah memberi gambaran sesuatu sedang berlaku dalam rumah tangga Umie menyebabkan pelakon itu kecewa dengan teman baiknya sendiri.

“Saya harap suatu hari nanti ia akan berlaku kepada suami atau teman lelaki awak (warganet yang mengecam Umie), selepas itu baru awak tahu apa rasanya. Jangan sesuka nak cakap saya batu api sebab awak tak tahu cerita, jadi tolonglah ya,” tulis Zahida.

      

zahida rafik beri hint punca sebenar umie aida dikatakan bergaduh dengan erra fazira 2

Kredit foto: Astro Gempak

      

Beliau membuat kenyataan itu menerusi ruangan komen hantaran Umie di Instagram, sebagai membalas komen seorang warganet yang menuduh Umie ‘meroyan' dan Zahida pula dikatakan batu api.

Terdahulu, pelakon filem Dukun itu menzahirkan rasa kecewa terhadap seorang rakan baik yang didakwa mengkhianati dan memusnahkan kepercayaannya berulang kali.

"Betapa murahnya nilai sebuah persahabatan bagi kau! Kau boleh bohongi satu dunia dengan keterampilan suci kau yang seperti di bawah lindungan Kaabah itu dan paling sayang, kecantikan wajah kau tidak secantik hati kau!

"Sehingga keterbiasaan itu membuat kau terlupa bahawa kemewahan yang kau ambil itu akan menghancurkan hati sahabat kau sendiri. Bukan kerana kebendaan itu tetapi kerana seorang sahabat tidak akan mengkhianati sahabatnya sendiri semata-mata untuk kesenangan.

"Aku cuba lupakan sejarah silam dengan harapan kau sudah berubah. Tidak ada yang berubah rupanya dan bukan mudah merubah kebiasaan hidup silam seseorang," antara luahan Umie.

Biarpun tidak menyebut sebarang nama, netizen mengandaikan kenyataan itu ditujukan untuk Erra Fazira, melihatkan situasi kedua-duanya yang sudah tidak lagi mengikuti satu sama lain di Instagram.

      

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)