Kredit foto: Instagram Erra Fazira & Instagram Umie Aida
Pelakon Umie Aida bertindak menarik diri daripada rancangan realiti, All Stars Buka Panggung episod pertama pada Jumaat lalu.
Bintang filem Dukun itu sepatutnya berentap dengan tiga pelakon lain iaitu Datuk Aaron Aziz, Naim Daniel dan Liyana Jasmay, bagaimanapun ketiadaannya pada saat akhir digantikan dengan kemunculan penyanyi dan pelakon, Yusry Abdul Halim.
Ada yang mengaitkan penarikan diri Umie dengan pembabitan Erra Fazira sebagai pengkritik yang digelar 'Dewi Seri Panggung' dalam program berkenaan.
Apa pula komen Erra mengenai dakwaan itu? Ini kenyataannya kepada portal Astro Gempak.
Kredit foto: Instagram Erra Fazira
"Wallahualam, saya tidak tahu. Saya sendiri dimaklumkan oleh produksi, artis yang akan bertanding pada minggu sekian-sekian ialah artis sekian-sekian.
"Hakikatnya, saya sendiri pun tak tahu siapa peserta minggu ini sebab ia dirahsiakan, apatah lagi kewujudan saya sebagai Dewi Seri Panggung ini pun dirahsiakan daripada pengetahuan umum.
"Saya sendiri dapat tahu senarai peserta pun sehari sebelum program berlangsung dan baru pada hari Khamis saya dimaklumkan bahawa Umie tarik diri.
"Jadi itu di luar kotak pengetahuan saya dan di luar kawalan saya," katanya.
All Stars Buka Panggung yang merupakan rancangan komedi spontan tanpa skrip, bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam di saluran Astro Warna, dibawakan secara langsung dari Royal Theatre, Shah Alam.
Terdahulu, Erra dan Umie pernah dilaporkan mempunyai krisis dalam hubungan selepas menjalinkan persahabatan bertahun-tahun.
Sumber berita: All Stars Buka Panggung: "Saya Tak Tahu, Ia Di Luar Kawalan Saya" - Komen Erra Fazira Apabila Umie Aida Tarik Diri Saat Akhir