Oleh pada 29 Jul 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Umie Aida

Memberi keizinan buat suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan untuk berkahwin lain, pelakon, Datin Seri Umie Aida, akui kenyataannya telah membuatkan lelaki itu terkejut.

Niat asal untuk mengelakkan Khairuddin menjalinkan hubungan sulit, bagaimanapun disambut sepi suaminya itu yang menganggap apa diperkatakan Umie sebagai mengarut.

"Pagi ni me (saya) bangun tidur, tiba-tiba me cakap dekat abang (suami). Jangan buat perkara tak elok. Kalau nak terus kahwin. Me izinkan.

"Terkejut beruk abang. Dia cakap me merepek," tulis Umie dalam akaun laman sosial miliknya.

umie aida izinkan suami kahwin lain 2

Kredit foto: Instagram Umie Aida

Pelakon yang kembali menempa nama menerusi filem Dukun ini memberitahu, dia menyedari dirinya bukanlah seorang isteri yang sempurna.

Begitupun, dia tidak mengetahui punca sebenar mengucap kata-kata sedemikian.

"Me cakap me tahu me bukan isteri yang sempurna. Hmmm... Entahlah... kenapa dan mengapa me boleh cakap begitu.

"Tapi ya... Me izinkan dan me nak abang tahu itu. Mood gerhana bulan kot," katanya.

Sementara itu, kiriman berkenaan yang turut dikaitkan dengan watak Husna dalam drama Jangan Benci Cintaku, menerima reaksi ramai yang mendoakan agar perkahwinan beliau dan suami dapat bertahan sekalipun ditimpa dugaan.

"Saya doakan akak kekal ke jannah dengan abang sebab awak berdua sokong satu sama lain.

"Wow... Insya-Allah dapat payung emas. Fenomena Husna ada di mana-mana. Bahaya ni.

"Jangan cari nahas, dapat madu macam Husna dalam drama tu nanti nahas...," komen beberapa netizen.

Umie dan Khairuddin Abu Hassan mendirikan rumah tangga di Mekah pada Mac 2010.




Hakcipta iluminasi.com (2017)