Oleh pada 12 Jul 2018 kategori

muncul bersama shahir di wad psikiatri ini penjelasan erra fazira 1

Kredit foto: beritaharian.sg & star2.com

Menjawab pertanyaan berhubung kehadiran penyanyi Shahir Zawawi bersamanya di wad psikiatri dan Pusat Kesihatan Mental (Mentari) Hospital Selayang pada 27 Jun lalu, aktres Erra Fazira atau nama penuhnya, Fazira Wan Chek menjelaskan ia adalah daripada undangan beliau sendiri.

Beliau akui kagum dengan kesudian Shahir menjayakan program itu, apatah lagi mengenangkan penyanyi sensasi berkenaan 'panas' dengan limpahan kontroversi sebelum ini.

muncul bersama shahir di wad psikiatri ini penjelasan erra fazira 2

Kredit foto: Mstar

"Program itu sebenarnya anjuran Persatuan Sokongan dan Kesedaran Penyakit Mental (Miasa) dan saya turut ajak rakan-rakan selebriti termasuk Shahir sekiranya mereka lapang untuk menyertai acara itu.

"Kebetulan dia pun kenal dengan presiden Miasa iaitu Anita Abu Bakar jadi dia pun bersetuju untuk hadir ke acara itu.

"Saya kagum kerana dia sanggup ketepikan apa juga masalah yang sedang dia hadapi dan meluangkan masa bersama-sama pesakit di wad berkenaan," kata Erra kepada Mstar Online sewaktu majlis pelancaran program Solidariti Untuk Penyakit Mental anjuran Miasa yang berlangsung semalam.

Program tersebut khusus untuk memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap penyakit mental, termasuk sebagai tanda prihatin pada pesakit-pesakit yang menderitainya.

Terdahulu, rakaman video program berkenaan yang memaparkan dua selebriti itu menghiburkan para pesakit, mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen memandangkan Shahir sudah lama 'hilang' daripada radar dunia hiburan.

Video dimuatnaik agensi Badan Bukan Kerajaan (NGO) itu menyaksikan Erra anggun dalam sepasang kurung hijau, di sisi Shahir yang mengenakan jaket hitam.


tags : , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)