kerana kesempitan wang yuna terpaksa gulung tikar 1

Kredit foto: Instagram Yuna

Selepas enam tahun, penyanyi, Yuna Zarai memutuskan untuk menutup operasi perniagaan butiknya, November Culture yang terletak di Subang Jaya, Selangor.

Yuna atau Yunalis Mat Zara'ai, 31, menjelaskan, tindakannya itu terpaksa diambil atas faktor masalah kewangan.

"Semestinya amat sedih untuk mengumumkan saya terpaksa menutup November Culture (NC). Anda semua tahu saya begitu sayangkan perniagaan itu dengan sepenuh hati saya. 

"Sudah sampai masanya untuk mengucapkan selamat tinggal, kerana keadaan yang tidak dijangka dan saya pula tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk meneruskan bisnes itu," dedahnya.

Kenyataan itu dibuat menerusi kiriman akaun Instagram peribadinya yang dimuatnaik semalam. 

kerana kesempitan wang yuna terpaksa gulung tikar 2

Kredit foto: Instagram Yuna

Dalam pada itu, penyanyi tempatan yang mencipta nama di Amerika Syarikat ini akui perlu mencari kaedah pemasaran yang sesuai jika ingin menyelamatkan perniagaan tersebut, iaitu dengan mencari produk yang boleh laris dengan cepat.

Namun, dia enggan berbuat demikian.

Sementara itu, bercakap mengenai operasi perniagaannya, Yuna mengatakan butiknya itu dikendalikan sepenuhnya oleh kumpulan beliau tanpa mengharapkan bantuan pihak lain.

"Saya bangga NC adalah kedai yang berdiri dengan sendirinya, tanpa ada pelabur, tidak ada penyokong, tiada yang perlu memberitahu saya apa yang perlu dijual atau dilakukan untuk menjadikannya laris, hanya saya dan beberapa orang sahaja yang melakukan apa yang kami suka, kami juga mempunyai pengikut yang besar di seluruh dunia!" katanya.

Perkongsian itu antara lain menyatakan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan bisnes butik berkenaan sepanjang tempohnya beroperasi.

"Terima kasih semua untuk sokongan anda, jurugambar, kakitangan dan pelanggan. Terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk melakukan perkara ini. Saya sayang anda. Mengetahui saya tidak berputus asa, saya hanya sedang memulakan babak baru dalam kehidupan saya," katanya.


tags : , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)