Oleh pada 24 Mar 2018 kategori

Kredit foto: Instagram.com/wanyhasrita

Penyanyi Wany Hasrita sememangnya begitu sinonim dengan personalitinya yang penuh sopan dan lemah lembut.

Meskipun masih setahun jagung dalam industri muzik, tetapi populariti Wany semakin meningkat, tambahan pula setelah berjaya menjadi salah seorang finalis di anugerah berprestij, Juara Lagu ke-32.  

Akan tetapi, pelantun lagu Menahan Rindu itu baru-baru ini telah memuatnaik di akaun Instagramnya sebuah foto bagi tujuan sesi photoshoot.

Apa yang mencuri tumpuan ialah tudung yang dikenakan mendedahkan bahagian dadanya.

Kebanyakan peminat berharap supaya Wany melabuhkan tudung seperti yang digayakannya terdahulu.

Sementara itu, terdapat juga segelintir netizen yang memberikan kutukan bahawa Wany kononnya sudah lupa diri setelah berada di puncak.

Semoga Wany lebih berjaga-jaga dari segi penampilannya selepas ini.

Sumber berita:

1. myartis.com

2. Rotikaya




Hakcipta iluminasi.com (2017)