Seorang wanita malang mendakwa telah menjumpai ulat dalam coklat berjenama terkenal yang baru dibelinya di sebuah pasar raya di Kuching, Sarawak pada 24 Mac lalu.
Video dan gambar yang dimuatnaik menerusi Facebook miliknya itu mendapat perkongsian oleh sebanyak kira-kira 1,480 orang.
Salam, saya nak kongsi sikit. Sekadar peringatan untuk kawan-kawan semua. Baru saja berlaku tadi, saya beli coklat ini dari sebuah pasar raya untuk anak. Selepas dia kata coklat itu ada ulat, jadi saya pun tengoklah. Memang benar ada ulat.
Jadi, selepas ini kena periksa betul-betul coklat yang dibeli. Kalau okay, baru boleh makan. Geli tengok coklat yang ada ulat itu, saya terus buang.
Sumber: Facebook Dayang ImaFaleenna
Untuk rekod, seorang pengguna turut mengalami kejadian serupa pada 7 November tahun lalu dan sempat merakam gambar ulat tersebut di dalam coklat yang dibelinya.
Sumber berita: The Reporter