Oleh pada 27 Apr 2018 kategori

Pakar burung telah mengklasifikasikan Bird of Paradise (spesis cenderawasih) yang baru dijumpai iaitu Vogelkop yang sangat luar biasa ini sebagai spesisnya sendiri selepas mengetahui perbezaan pada kedua-dua jenis burung yang kelihatan serupa.

Burung menakjubkan ini sangat terkenal dengan bulu yang tersangat hitam dan boleh dikembangkan yang mampu menyerap hamir keseluruhan cahaya dan tariannya yang aneh. Namun kini saintis telah mendapati bahawa terdapat dua spesis sebenarnya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

vogelkop spesis baru bird of paradise yang sangat menakjubkan 2

vogelkop spesis baru bird of paradise yang sangat menakjubkan 6

Untuk bertahun-tahun lamanya, orang ramai telah tersalah sangka bahawa Vogelkop adalah burung Bird-of-Paradise yang menyerupainya. Menurut ahli biologi, Ed Scholes yang sedang menjalankan projek Bird-of-Paradise, rupa bentuk dan tingkahlaku Vogelkop dalam hutan membuktikan ia adalah spesis yang berbeza.

Cara tarian menarik pasangan yang dilakukan oleh burung ini adalah sangat berbeza, suara yang berlainan, burung betina sangat berbeza dan juga bentuknya jantan juga sangat berbeza.

vogelkop spesis baru bird of paradise yang sangat menakjubkan 3

Merujuk kepada gambar di atas, di sebelah kiri adalah superb bird-of-paradise biasa dengan paparan muka hitamnya yang ingin mengawan yang sangat terkenal. Manakala di sebelah kanan adalah burung Vogelkop yang baru sahaja ditemui, yang mana kelihatan seperti muka berkerut.

Kedua-dua spesis burung ini boleh dijumpai di New Guinea, namun Vogelkop hanya dijumpai di sebelah barat pulau Bird's Head atau rantau Vogelkop.

Kini, untuk kali pertama, satu audiovisual telah dikeluarkan dalam menyokong tuntutan bahawa burung ini adalah dari spesis yang berlainan.

Ed Scholes dan Timothy Laman, pakar burung dan juga wartawan foto dari Museum of Comparative Zoology di Universiti Harvard telah mendokumenkan data audiovisual, yang terdapat dalam jurnal PeerJ.

vogelkop spesis baru bird of paradise yang sangat menakjubkan 5

Rakaman ini mendedahkan bahawa ketika burung ini mengembangkansayap untuk menarik perhatian untuk mengawan, Vogelkop jantan melakukan dengan cara yang berbeza iaitu berbentuk sabit dengan hujung yang tajam.

Ia berbeza dengan burung bird-of-paradise yang melakukannya dengan bentuk bujur.

Cara tarian Vogelkop untuk menarik perhatian burung betina juga sangat berbeza yang mana langkahnya lebih lancar dan tidak terlompat-lompat.

Rujukan:

1. Science

2. Economic Times

3. This is Colossal




Hakcipta iluminasi.com (2017)