Oleh pada 13 Mar 2019 kategori

stephen island wren 2

Tak dapat dinafikan Bumi yang dahulunya bersih dan dalam keadaan baik semakin lama semakin rosak akibat perbuatan manusia.

Kerakusan manusia membina tamadun dan teknologi yang semakin pesat membangun membuatkan alam sekitar termasuk haiwan pupus.

Sehingga kini, banyak spesis haiwan yang dahulunya banyak, telah pupus. Dan ada di antara spesis-spesis ini pupus dengan cara yang begitu dahsyat.

iluminasi.com kongsikan 5 spesis haiwan yang pupus dengan cara yang tak masuk akal.

5. Tecopa Pupfish

tecopa pupfish

Tortoise Tecopa adalah sejenis ikan kecil yang biasanya ditemui di kawasan kecil di California, yang terkenal dengan punca mata air semulajadi.

Ikan ini secara unik menyesuaikan diri untuk hidup di air hangat yang mengalir keluar dari mata air. Ini bermakna kewujudan spesis ini bergantung kepada aliran air tersebut.

Pada tahun 60-an, banyak mata air panas di kawasan di mana ikan ini tinggal telah dimajukan oleh kerajaan California untuk dijadikan kolam dan beberapa bilik mandi  air panas besar.

Kawasan tersebut telah menjadi tab panas bagi orang kaya elitis untuk merendam kaki mereka dan lokasi bermesyuarat dengan client mereka.

Hal ini menyebabkan aliran-aliran kecil dan sungai-sungai habitat ikan ini terus digali bagi menampung peningkatan aliran air.

Akibatnya, aliran keluar mula mengalir jauh lebih laju sehinggakan keseluruhan spesies ikan Tecopa Pupfish dibawa arus, membuatkan haiwan ini mati di dalam air sejuk dan kurang bersih.  

4. Great Auk

great auk

Burung Great Auk adalah spesis burung yang kelihatan seperti penguin kecil dan biasa dijumpai di Atlantik Utara.

Tak boleh terbang seperti burung yang lain, Great Auk bertelur di atas tanah dan hanya membiak di pulau-pulau tertentu yang tidak berpenghuni dengan landskap semulajadi yang terlindung daripada pemangsa. 

Kekurangan haiwan pemangsa bagi burung Auk ini menjadikan ianya sasaran kegemaran pemburu (manusia) yang mahukan daging burung secara mudah.

Spesies ini diburu dan hampir pupus pada awal abad ke-19, yang membawa kepada pelbagai percubaan untuk menyelamatkannya namun gagal.

Sisa-sisa burung ini lenyap sepenuhnya pada tahun 1840-an oleh  sekumpulan pelaut yang memukul burung ini sehingga mati kerana disalahanggap sebagai jelmaan ahli sihir.

3. Harimau Tasmania

harimau tasmania 117

Harimau Tasmania, atau lebih tepat lagi dengan nama thylacine, adalah makhluk yang mempunyai rasa ingin tahu yang kuat dari Tasmania, Australia.

Karnivor dengan bulu berwarna aneh, thylacine kelihatan seperti anjing tetapi sama seperti semua marsupial, ia membesarkan anak-anak dalam kantung kecil di perut mereka.

Digambarkan sebagai salah satu makhluk yang paling aneh yang pernah wujud kerana didapati bahawa thylacine jantan mempunyai kantung kecil untuk mengekalkan testis dalam keadaan hangat. 

Atas alasan ini, ramai orang ingin tahu tentang thylacine tetapi juga dilihatkan sebagai haiwan perosak.

Akibatnya, spesies itu diburu sehingga hampir pupus oleh para petani pada tahun 1920-an. Hanya seekor sahaja yang masih wujud ketika itu, thylacine jantan bernama Benjamin.

Benjamin kemudian terbunuh pada tahun 1936 apabila seorang penjaga zoo terlupa membuka kunci tempat tidurnya sebelum pulang ke rumah, menyebabkan haiwan itu mati beku.

2. Cordoba Fighting Dog

cordoba fighting dog 975

Dog Fighting Cordoba adalah spesies anjing yang jarang ditemui dan luar biasa yang dikenali kerana keganasan yang hampir tidak dapat ditandingi.

Ia juga seolah-olah tidak dapat merasai sakit, takut, atau perasaan simpati kepada makhluk lain.

Seperti namanya, anjing Cordoba dibiakkan semata-mata untuk bertarung, oleh orang Argentina sekitar penghujung abad ke-19. 

Anjing Cordoba akan menyerang apa saja dan sangat dihargai oleh masyarakat pada ketika itu kerana kesediaan haiwan ini untuk bertarung hingga mati.

Walau bagaimanapun, naluri bertarung yang sangat kuat oleh spesis ini membuatkan ia hampir mustahil untuk dibiakkan semula.

Ini kerana proses pembiakan memerlukan sepasang anjing dan kedua-dua anjing Cordoba ini akan bertarung sehingga salah satunya mati dan menyebabkan spesies anjing Cordoba berkurangan secara perlahan-lahan dan akhirnya pupus pada abad ke-20 di Argentina. 

Rest in peace fighter Cordoba.

1. Stephen Island Wren

stephen island wren

Stephen Island Wren adalah spesies burung yang terkenal keseluruhan populasinya terbunuh disebabkan oleh satu makhluk, hanya untuk keseronokkan. Burung ini hanya boleh diadapati di sebuah pulau sahaja di dalam dunia ini.

Dan nama makhluk yang melenyapkan spesis burung ini selamanya adalah Mr. Tibbles, seekor kucing rumah milik penjaga rumah api pantai pulau New Zealand, lokasi dimana terdapat banyak burung Stephen Island Wren ini.

Mr Tibbles memburu seluruh spesies burung ini sehingga pupus hanya dalam tempoh  masa setahun. Lebih buruk, kepupusan haiwan ini berlaku pada tahun yang sama ia ditemukan.

Dalam erti kata lain, dalam hanya 12 bulan, Stephen Island Wren ditemui dan dalam masa yang sama diisytiharkan pupus disebabkan keganasan seekor kucing bernama Mr. Tibbles.


tags : , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)