Oleh pada 22 Jul 2018 kategori

Selepas pertemuan di antara Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin, ramai penganalisa menegaskan bahawa latar belakang Putin yang pernah berkhidmat sebagai perisik Rusia menjadi sebab mengapa dia dapat mempengaruhi dan menguasai Trump.

Adakah Putin benar-benar seorang mata-mata untuk Rusia satu ketika dahulu?

Jawapannya adalah ya. Vladimir Putin merupakan bekas anggota perkhidmatan perisikan Kesatuan Soviet yang dikenali sebagai Komitet Gosudarstvennoy Bezopasnosti (KGB).

BESARKAN TEKS     A-  A+

Terjemahan KGB bermaksud Jawatankuasa Keselamatan Negara, adalah agensi keselamatan utama untuk Kesatuan Soviet dari tahun 1954 hingga pecahnya pada tahun 1991.

vladimir putin ketika muda

Putin menyertai KGB ketika berusia 23 tahun pada tahun 1975 selepas menamatkan pengajiannya di Saint Petersburg State University dalam jurusan undang-undang.

Menurut buku "The New Tsar", Putin direkrut oleh ketua KGB iaitu Yuri Andropov yang mahu mmbawa masuk orang muda ke dalam organisasi tersebut. 

Putin dilatih di School No. 401 di Saint Petersburg, di mana para agen bercita-cita tinggi dilatih mengenai taktik perisikan dan teknik soal siasat.

Dihantar ke Jerman Timur sebagai spy

Tugas pertama Putin adalah untuk memantau kakitangan warga asing dan konsulat di bandar asalnya (kini Leningrad) bagi menggagalkan pengintipan musuh.

Putin kemudiannya dihantar ke Dresden, Jerman Timur di mana dia menjadi penterjemah. Misi Putin termasuk merekrut pegawai-pegawai Parti Komunis Jerman Timur, mencuri rahsia teknologi dan mengkompromi pelawat dari Barat.

Namun, misi tersebut lebih memfokuskan kepada mengumpulkan keratan media di negara itu.

vladimir putin merupakan perisik kesatuan soviet satu ketika dahulu

Selepas Tembok Berlin dirobohkan, Putin pulang ke tanah air, St. Petersburg. Dia kemudiannya meletakkan jawatan dari KGB pada tahun 1991 selepas selepas percubaan rampasan kuasa terhadap Presiden Rusia, Mikhail Gorbachev.

Gunakan pengaruh dalam arena politik

Sepanjang beberapa tahun-tahun berikutnya, Putin menggunakan rangkaian persahabatan politiknya untuk mengorak langkah. Pada tahun 1997, Presiden Rusia ketika itu, Boris Yeltsin menugaskan Putin sebagai timbalan ketua kakitangannya. 

Setahun kemudian, Putin dilantik untuk menerajui Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB) pada tahun 1998, agensi yang menggantikan KGB.

Tidak lama selepas itu, Boris Yeltsin melantik Putin sebagai Perdana Menteri nya. Putin berjaya merampas jawatan ini walaupun musuh dan pengikut setia Boris cuba menjatuhkannya bagi menggantikan jawatan Presiden yang sedang sakit.

Dilantik menjadi Presiden Rusia

vladimir putin menjadi presiden dan perdana menteri rusia sebanyak dua kali

Dan ketika Boris meletakkan jawatan secara tidak disangak-sangka pada tahun 1999, Putin menjadi Presiden sementara.

Antara salah satu tindakan yang dilakukannya adalah mengampuni kesalahan rasuah Boris, sebelum sedia untuk dipilih sebagai presiden secara sah.

Pada tahun 2000, Putin mengalahkan dua pencabarnya untuk ditabalkan sebagai presiden buat kali pertama dengan 53% undian. Antara salah satu faktor penting yang membuatkan Putin menang adalah imejnya.

Tidak seperti 2 pencabarnya, Putin tidak henti-henti menyokong Perang Chechen Kedua yang membuatkannya kelihatan sebagai calon yang sangat tegas dalam undang-undang, satu kelegaan kepada rakyat selepas bertahun-tahun berlangsungnya kekacauan.

vladimir putin gemar bersenam

Vladimir Putin adalah satu-satunya ahli politik Rusia yang pernah memegang jawatan Perdana Menteri dan Presiden Rusia sebanyak dua kali.

Dia menjadi Perdana Menteri Rusia pada Ogos 1999 hingga Mei 2000 dan Mei 2008 hingga Mei 2012. Bagi jawatan Presiden Rusia pula adalah pada Mei 2000 hingga Mei 2008 dan Mei 2012 sehingga kini.




Hakcipta iluminasi.com (2017)