Penulisan ini adalah rentetan daripada artikel 'Sejarah Kejatuhan Soviet Union (USSR): Apa Sebenarnya Yang Terjadi?'. Kedua-dua artikel ini boleh dibaca secara berasingan, namun penulisan kali ini menjelaskan sedikit sebanyak tentang peranan KGB sebagai agensi keselamatan untuk negara Soviet Union yang pernah wujud suatu ketika dahulu. 

Apa Sebenarnya KGB 

BESARKAN TEKS     A-  A+

apa sebenarnya kgb

Siasatan terkini kerajaan British terhadap kes kematian seorang bekas agen KGB, Alexander Litvinenko pada tahun 2006 di London, UK, menunjukkan bahawa kemungkinan besar Presiden Rusia, Vladimir Putin yang mengarahkan pembunuhannya. Walaupun tidak pasti sama ada dakwaan ini adalah benar, tindakan untuk 'mendiamkan' mereka yang berbeza pendapat dengan bekas agensi keselamatan Soviet itu (KGB) bukanlah suatu tindakan baharu, malah sudah menjadi kebiasaan. 

Jadi, apa sebenarnya KGB, dan mengapa ianya sangat ditakuti suatu ketika dahulu? KGB, atau 'Komitet Gosudarstvennoy Bezopasnosti' adalah sebuah agensi keselamatan dan perisikan asing Soviet Union, yang beroperasi antara tahun 1954 hingga 1991. Apabila Soviet Union jatuh pada tahun 1991, KGB telah digantikan oleh FSK (Federalnaya Sluzhba Kontrrazvedki), dan kemudiannya FSB (Federal'naya Sluzhba Bezopasnosti Rossiyskoy), di dalam kerajaan persekutuan Rusia yang baharu. 

Kedua-dua FSK dan FSB mempunyai fungsi keselamatan yang sama seperti KGB. Ketika kewujudannya, tidak seperti agensi keselamatan lain-lain negara, KGB secara efektifnya adalah sebuah badan kerajaan yang bebas, dengan sedikit pengawasan oleh pemimpin-pemimpin Soviet Union. Organisasi tersebut melakukan pelbagai tugas gabungan, termasuklah pertemuan perisikan, keselamatan sempadan dan pelaksanaan propaganda. 

Peranan Sebenar KGB Dalam Soviet Union

peranan agen perisik kgb dalam soviet union

Walaubagaimanapun, yang paling kontroversi, KGB beroperasi sebagai polis rahsia Soviet, dan unit pengawasan domestik. Lebih daripada setengah juta orang telah digaji oleh KGB, dengan ribuan daripada mereka terdiri daripada perisik antarabangsa. Pada masa tersebut, ianya adalah satu-satunya institusi terbesar sedemikian. Di seluruh dunia, KGB mengumpul maklumat dengan menggunakan 'perisik pemastautin yang sah', yang merupakan rakyat Soviet yang diberikan kebenaran untuk berada di negara lain dengan cara bekerja di kedutaan, atau atas lain-lain cara yang sama. 

Perisik-perisik ini akan menggunakan imuniti diplomatik sekiranya mereka ditangkap. Soviet Union juga mempunyai perisik tidak sah, tanpa sebarang imuniti, dan walaupun ianya lebih berisiko, mereka ini lebih mudah untuk berintegrasi tanpa sebarang syak wasangka. Secara domestik, KGB sangat ditakuti kerana peranan mereka sebagai polis rahsia. 

peranan perisik kgb soviet union

KGB akan mencari mereka yang disyaki mempunyai ideologi anti-komunisme, atau anti-kerajaan, dan kerap kali turut menggeledah rumah mereka, dan menangkap pembangkang terutamanya. Mereka menubuhkan jabatan-jabatan individu untuk mengawal aktiviti keagamaan, penyokong tegar nasionalisme, pengaruh luar, media tidak sah, dan lebih menyasarkan populasi Yahudi.

KGB turut melakukan risikan terhadap para pemimpin negara yang dilihat boleh mencabar kestabilan ideologi Soviet Union. Pada tahun 1964, beberapa orang bekas pegawai KGB telah mengadakan apa yang dikatakan sebagai 'rampasan kuasa tanpa kekerasan' bagi menjatuhkan pemimpin Soviet pada ketika itu, iaitu Nikita Khrushchev dan menggantikan beliau dengan Leonid Brezhnev. 

Rampasan Kuasa Sebanyak 2 Kali Oleh KGB

rampasan kuasa soviet union 1991

vladimir putin agen kgb

Walaubagaimanapun, percubaan rampasan kuasa kali seterusnya telah gagal. Pada tahun 1991, ketika Setiausaha Agung USSR (ketua negara Soviet Union), Mikhail Gorbachev mula melaksanakan reformasi, beliau telah ditangkap oleh KGB, yang takut akan kehilangan kuasa mereka. Walaupun rampasan kuasa kali itu gagal selepas 2 hari, ianya dilihat sebagai penyumbang utama kepada kepincangan Soviet Union, yang jatuh pada tahun yang sama.  

KGB adalah sebuah organisasi yang telah lama ditakuti, dan menjadi sumber ketegangan kepada Amerika Syarikat ketika Perang Dingin. Walaupun KGB telah terbubar bersama Soviet Union pada tahun 1991, Presiden Rusia terkini, Vladimir Putin sendiri sebenarnya adalah seorang agen KGB antara tahun 1975 hingga 1991. Mungkin atas sebab inilah, terdapat banyak pihak yang sangsi akan kewujudan pengaruh dan cara operasi KGB dalam kerajaan Rusia sekarang, yang menjadi sebuah isu perbalahan dalam arena politik dunia.

Kesimpulan

kematian alexander litvinenko dan kaitan dengan kgb rusia

Kematian Alexander Litvinenko sememangnya penuh dengan kesangsian. Pada 1 November 2006, dia secara tiba-tiba telah jatuh sakit, sebelum diumumkan meninggal dunia lebih 3 minggu kemudian. Sebab kematian? Keracunan dengan sejenis elemen bertoksik, iaitu radionuclide polonium-210. Antara sebab utama Rusia membunuhnya adalah kerana dia membelot terhadap negara, memohon suaka politik di United Kingdom dan menjadi rakyat negara tersebut. 

PS: Agen perisik KGB ibarat agen musuh di dalam filem bersiri Bourne, mereka berada di mana-mana, mengambil rakyat tempatan sesebuah negara sebagai agen, untuk menutup penglibatan mereka, serta mengelak musuh daripada kesangsian.  

Sumber: 

  1. theguardian.com
  2. quora.com
  3. history.com



Hakcipta iluminasi.com (2017)