5 sebab kenapa rusia sangat ditakuti dunia luar

Rusia merupakan antara kuasa terbesar dunia pada ketika ini dari pelbagai segi. Negara dengan keluasan terbesar di dunia ini satu ketika dahulu pernah menjadi kuasa terbesar dunia sehinggalah kejatuhan Kesatuan Soviet pada tahun 1991.

Mereka berada di hadapan dari pelbagai segi termasuklah yang paling ditakuti iaitu senjata nuklear. Dengan kepimpinan Vladimir Putin, banyak negara di dunia terutamanya negara sekitar berasa tidak senang, oleh itu iluminasi.com ingin kongsikan 5 sebab mengapa Rusia adalah negara yang paling ditakuti dunia ketika ini.

5. Rusia melumpuhkan infrastuktur internet Estonia hampir sebulan

rusia lancarkan serangan siber ke atas estonia 5 sebab kenapa rusia sangat ditakuti dunia luar

Estonia adalah negara Eropah Timur yang berhampiran dengan sempadan Rusia. Ia merupakan negara yang unik jika dibandingkan dengan negara-negara lain di seluruh dunia kerana segalanya yang dilakukan dalam hidup bergantung kepada internet.

Mereka menggunakan internet untuk membayar denda letak kereta, mengundi, membayar bil utiliti dan cukai, dan hampir semua yang anda boleh bayangkan. Kanak-kanak di Estonia diajarkan untuk menggunakan internet dengan betul di sekolah pada usia yang muda dan dianggap sebagai salah satu negara paling cerdas teknologi di dunia.

Dan disebabkan ini, pada tahun 2007, rakyat Estonia sangat terkejut dan takut apabila infrastruktur internet mereka dilanda serangan siber yang berjaya membuatkan seluruh sistem internet mereka tidak berfungsi selama 3 minggu.

rusia lancarkan serangan siber ke atas estonia 5 sebab kenapa rusia sangat ditakuti dunia luar 2

Difahamkan, rakyat Estonia bimbang ia merupakan ujian yang berkemungkinan diikuti dengan serangan Rusia yang bakal berlaku. Estonia pernah menjadi sebahagian daripada Kesatuan Soviet dan dipenuhi dengan etnik Rusia, jadi Putin boleh melakukan sesuatu yang serupa dilakukan ke atas Crimea (semenanjung Eropah). 

Dengan infrastuktur mereka yang lumpuh, ia menyukarkan Estonia untuk menghalang kekacauan yang Putin bakal ciptakan. Dengan langkah agresif yang dilakukan baru-baru ini oleh Rusia dari segi jenayah siber dan usaha mereka yang berterusan di Ukraine, Estonia bimbang dan takut mereka mungkin menjadi sasaran seterusnya dan sudah bersiap sedia untuk berperang.

4. Kesatuan Eropah semakin lemah menguatkan posisi Rusia untuk menyerang Eropah Timur 

kesatuan eropah semakin lemah menguatkan posisi rusia untuk menyerang eropah timur

Apabila pengundian Brexit berlaku, Vladimir Putin cuba untuk menunjukkan rasa tidak peduli, namun ramai pakar percaya bahawa beliau teruja dengan keputusan itu. Perkara utaa yang menghentikan Putin daripada mengambil semula bekas Negara Soviet, adalah Kesatuan Eropah dan NATO yang kuat. 

Malangnya, kedua-dua NATO dan Kesatuan Eropah kini berada dalam situasi yang paling lemah dalam sejarah dan ia dilihatkan akan menjadi semakin buruk pada masa akan datang. Dengan keluarnya United Kingdom daripada Kesatuan Eropah, ia memungkinkan lebih banyak negara untuk keluar.

kesatuan eropah semakin lemah menguatkan posisi rusia untuk menyerang eropah timur

Ini akan menyukarkan negara-negara Eropah Barat untuk melancarkan sebarang sokongan defensif jika Putin cuba untuk memasuki Eropah Timur.

Jika Kesatuan Eripah terus terbubar, Rusia akan mempunyai lebih kuasa untuk melakukan rundingan dengan negara individu, dan lebih mudah untuk membuli negara-negara Eropah yang kecil dengan ekonomi relatif yang besar.

Jika mereka berjaya mengambil alih negara Eropah Timur, ia sekaligus menguatkan lagi Rusia yang sememangnya kini sudah menjadi antara kuasa terbesar dunia.

3. Kuasa dan pengaruh Vladimir Putin yang kuat

kuasa dan pengaruh vladimir putin yang kuat 5 sebab kenapa rusia sangat ditakuti dunia luar

Antara salah satu perkara yang menjadikannya lebih sukar bagi sesebuah negara seperti di Eropah atau Amerika Syarikat untuk berurusan dengan ancaman daripada diktator adalah kerana diktator tersebut mempunyai kelebihan berkuasa selama-lamanya, menyatukan pemilikannya dan menjadikannya mampu untuk melaksanakan rancangan jangka masa panjang.

Sebaliknya, negara seperti Amerika Syarikat mempunyai perlembagaan yang memilih dan mengubah pemimpin kerajaan, bermaksud dasar-dasar untuk menangani ancaman terkini sentiasa berubah-ubah mengikut setiap pemimpin tertinggi.

Setiap presiden atau perdana menteri akan mempunyai idea yang berbeza mengenai bagaimana untuk menangani musuh dan ia bermakna segalannya akan berubah, membuatkan sesuatu rancangan itu tidak akan menjadi kukuh, tidak seperti Rusia.

kuasa dan pengaruh vladimir putin yang kuat 5 sebab kenapa rusia sangat ditakuti dunia luar 2

Vladimir Putin boleh terus berkhidat selama hampir dua dekad, memastikan beliau boleh perlahan-lahan mencapai matlamatnya. Putin pernah menjadi Perdana Menteri Rusia dari tahun 1999 hingga 2000. Kemudian beliau menjadi Presiden Rusia ke-2 dari tahun 2000 hingga 2008, sebelum kembali memegang jawatan Perdana Menteri dari 2008 hingga 2012.

Dan pada tahun 2012, beliau sekali lagi beralih jawatan daripada Perdana Menteri ke-33 kepada Presiden ke-4 Rusia. Putin merupakan satu-satunya yang pernah memegang jawatan Perdana Menteri dan Presiden Rusia sebanyak dua kali, dan masih berkuasa.

Dengan populariti Putin, beliau dikatakan mungkin mampu memegang jawatan presiden sepanjang hayatnya, dan ini pastinya tidak disenangi oleh negara-negara lain.

2. Mempunyai simpanan senjata nuklear aktif paling banyak di dunia

mempunyai simpanan senjata nuklear aktif paling banyak di dunia 2

Apabila bercakap mengenai negara nuklear yang paling kuat, ramai yang cenderung untuk memikirkan tentang Amerika Syarikat. Namun sebenarnya, Rusia adalah negara yang mempunyai simpanan senjata nuklear paling besar di dunia, mengalahkan Amerika Syarikat.

Ini termasuklah kedua-dua peledak dalam simpanan dan yang sedia untuk digunakan. Amerika Syarikat mempunyai hampir 7,000 peledak nuklear namun Rusia mempunyai lebih daripada itu, dengan perbezaan yang kecil.

Rusia juga mempunyai kira-kira 40 peledak nuklear aktif melebihi Amerika Syarikat, dengan kedua-dua negara mempunyai hampir 2,000 unit yang siap sedia untuk dilancarkan. 

mempunyai simpanan senjata nuklear aktif paling banyak di dunia

Ramai juga yang menyangkakan China mempunyai peledak yang lebih kurang sama banyak namun sebenarnya mereka tidak mempunyai peledak nuklear yang sedia untuk dilancarkan pada ketika ini.

Negara terdekat selepas Amerika Syarikat adalah Perancis, dengan beberapa ratus peledak dan diikuti United Kingdom, dengan lebih daripada 100 unit.

Dan disebabkan ini sahaja, Rusia seharusnya dihormati dan ditakuti. Dengan antara ekonomi terkuat, kawasan yang sangat luas dan tenaga nuklear yang banyak, mereka adalah negara yang tidak dapat dinafikan kekuatannya.

1. Hampir semua lelaki di Rusia mempunyai pengalaman ketenteraan

hampir semua lelaki di rusia mempunyai pengalaman ketenteraan

Rusia juga sangat berbahaya kerana hampir setiap orang Rusia berjantina lelaki yang sihat, sekurang-kurangnya mempunyai beberapa tahun pengalaman berkhidmat dalam angkatan tentera.

Rakyat Rusia yang berusia di antara 18 hingga 27 tahun diwajibkan untuk berkhidmat dalam angkatan tentera supaya setiap warganegara mereka mampu bersiap sedia jika diperlukan, dan juga untuk menjadikan tentera mereka lebih kuat dan berdisiplin sepanjang masa.

Kini, ramai yang cuba untuk meloloskan diri daripada dipilih kerana tak semua yang mahu menyertai angkatan tentera, namun ia sukar untuk dilakukan dan pasti dapat dikesan.

Tanpa alasan perubatan yang sah, mereka perlu membayar beribu-ribu ringgit untuk mendapatkan dokumen palsu bagi mengelakkan diserap berkhidmat. Dan bagi mereka yang mencuba trik seperti tinggal di alamat yang berbeza daripada alamat rasmi, mereka masih akan tertangkap.

hampir semua lelaki di rusia mempunyai pengalaman ketenteraan 2

Dan walaupun ada yang berjaya terlepas, Rusia masih mempunyai sebahagian besar lelaki muda yang sihat dan mempelajari cara hidup tentera dan bagaimana untuk berjuang bermatian untuk negara mereka, jika diperlukan.

Dengan peratusan lelaki yang mempunyai latihan dan pengalaman ketenteraan jauh lebih tinggi dari negara-negara lain, Rusia mampu mengerahkan tenaga yang lebih jika peperangan yang meletus berlanjutan atau konflik tersebar di seluruh dunia.

Beberapa buah negara berdekatan dengan Rusia seperti Sweden baru-baru ini menambah perkhidmatan ketenteraan wajib untuk mempersiapkan diri daripada ancaman. Dunia perlu berhati-hati dengan Rusia dan mereka yang tinggal di Eropah Timur adalah yang paling berisiko.

Anda rasa Malaysia perlu tak ikut cara ini?


tags : , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)