Menurut sumber, pendapatan Presiden Rusia, Vladimir Putin, adalah sekitar 9 juta ruble Rusia atau RM562,842 setahun. Asetnya yang diisytiharkan secara rasmi seolah-olah terdiri daripada sebidang tanah kecil, apartmen, dan garaj.

Namun, kita semua tahu bahawa Putin adalah antara Presiden yang paling kaya di dunia dengan harta yang tidak terhitung banyaknya dan gaya hidup beliau yang mewah adalah bukti segala-galanya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 8 perkara paling mahal dan "rare" milik Vladimir Putin. 

8. Tandas emas bernilai RM313,000

tanda emas vladimir putin

Bagi semua perbelanjaan berbilion-bilion dolar yang mencurigakan yang dituduh terhadap Vladimir Putin, para pengkritik mempunyai lebih tertarik dengan tandas emas lagenda miliknya.

Pengkiritik Putin yakin dan mendakwa bahawa tandas itu bernilai RM313,000. Ia bukanlah diperbuat daripada emas padat namun ia masih tersangat mahal bagi tempat untuk membuang najis.

7. Sut berharga RM21,000 setiap satu

sut vladmir putin

Menurut penerbitan Russia, Vlad the Lad (gelaran kepada Putin yang digunakan oleh tabloid British) lebih sukakan sut buatan Itali yang mencecah harga RM21,000 setiap satu. 

Nilai itu adalah hampir sama dengan pendapatan tahunan purata pepopulasi Rusia. Beliau terutamanya menyukai sut berjenama Brioni yang telah menghasilkan sut golongan elit Eropah selama berabad-abad lamanya.

Jenama itu melambangkan wang, kuasa dan kejayaan yang memenangi hati dari kalangan para CEO, bintang filem dan pelbagai pemimpin dunia.

6. Koleksi jam tangan melebihi RM4 juta

koleksi jam tangan vladimir putin

Sebentuk jam tangan A. Lange & Söhne sahaja sudah boleh mencecah harga RM2.08 juta atau lebih daripada tiga tahun gaji tahunan Vladimir Putin.

Namun seorang penentang kuat Putin telah memeriksa foto-foto Presiden Rusia ini dan menyimpulkan bahawa koleksi jam tangan Putin bernilai sekitar RM2.86 juta.

Anggaran lain mencecah ke angka RM4 juta. Nampaknya Putin percaya akan kepentingan autokrat yang berjaya untuk kelihatan hebat dan tepat waktu.

Amat jarang untuk melihat Putin tanpa sesuatu yang mengagumkan di pergelangan tangannya. Dan di hadapan pihak media, Putin gemar memberikan jam "murah" nya yang bernilai kira-kira RM62,500 kepada kanak-kanak dan para pekerja.

5. Koleksi 700 buah kereta

koleksi kereta 700 buah vladimir putin

Satu anggaran luar biasa meletakkan koleksi kereta Putin pada 700 buah, termasuk Bentleys vintaj dan pelbagai supercar dari Lamborghini kepada Ferrari.

Putin menggunakan Mercedes S-Class Limousine berperisai untuk tujuan perjapanan perniagaan yang berharga RM1.04 juta. Kereta ini boleh bergerak dengan kelajuan 80 kilometer sejam sejauh 32 kilometer dalam keadaann tayarnya pecah.

Khabar angin memaklumkan bahawa kerajaan Rusia telah membelanjakan RM200 juta dalam menghasilkan kereta "President" versi Rusia ini. (seperti milik Presiden Amerika Syarikat).

4. Dihadiahkan kapal layar berharga RM146 juta

kapal layar hadiah roman abramovich kepada vladimir putin

Kereta, jam tangan, dan sut mahal adalah "wang lebihan" sahaja bagi Vladimir Putin berbanding wang sebenar yang dibelanjakan untuk kapal layar, kapal terbang, dan hartanah mewah.

Kebanyakannya disyaki datang dari satu laporan terkenal tahun 2012 yang disusun oleh musuh politik khusus yang mengenal pasti koleksi empat kapal layar, masing-masing dibiayai oleh kerajaan.

Kapal layar Olympia dengan ukuran 57 meter bernilai RM146 juta milik Putin dihadiahkan oleh hartawan Rusia, Roman Abramovich. Dokumentari BBC mendakwa Putin meletakkan perbelanjaan kapal tersebut kepada kerajaan Rusia, walaupun ia adalah harta miliknya sendiri. 

3. Graceful, kapal layar bernilai RM415 juta

graceful kapal layan vladimir putin

Kapal layar ini mempunyai 13 kabin yang boleh menampung 12 tetamu dan 14 anak kapal. Ia dianggarkan bernilai RM415 juta.

Tak cukup dengan itu, kapal ini didakwa mempunyai kolam terbesar yang pernah dihasilkan alam kapal layar. Persoalannya adalah bagaimana Putin membayarnya?

Mudah, apa yang harus beliau lakukan adalah menyimpan separuh gaji tahunannya selama 1,200 tahun. 

2. Jet emas mencecah RM2 bilion

jet emas vladimir putin

Jet ini telah dikenalpasti sebagai versi Air Force One versi Rusia. Jet Ilyushin 96 ini dikatakan sebagai jet yang bertatahkan berlian dan bersalutkan emas hasil karya artisan Rusia dengan kos RM46 juta.

Tidak termasuk dengan kos-kos lain, harga keseluruhan jet ini dianggarkan bernilai RM2 bilion. The Daily Mail melaporkan bahawa terdapat 4 jet yang sama terbang secara serentak untuk menyamar dan melindungi jet sebenar yang dinaiki oleh Vladimir Putin.

1 . Portfolio yang menakjubkan

harta kekayaan vladimir putin

Sudah tentu anda juga akan hidup seperti anak raja juga jika memiliki 4.5% daripada gergasi minyak Rusia, Gazprom, dan juga 37% daripada syarikat pembekal minyak, Surgutneftegaz.

Nilai permodalan pasaran kedua-dua syarikat ini pada tahun 2018 adalah RM241 bilion dan RM83 bilion.

Perbendaharaan Amerika Syarikat juga telah mengisytiharkan bahawa Vladimir Putin mempunyai pelaburan dalam komoditi pedagang besar, Gunvor dan mungkin mempunyai akses kepada dana-dananya.

Jadi, secara dasarnya, selain menggunakan wang rakyatnya untuk gaya hidupnya yang mewah, Putin juga mempunyai harta yang tak masuk akal. 

Rujukan:

1. Richest

2. Super Yacht

3. Emirates 247




Hakcipta iluminasi.com (2017)