Oleh pada 28 Feb 2017 kategori

Kredit foto: Youtube MeleTOP

Siapa tidak kenal dengan pelawak Jihan Muse? Sesiapa menonton program Meletop, pasti takkan pernah kering gusi melihat segmen parodi dikendalikan beliau.

Pasti ada sahaja gelagatnya meniru gaya artis buat penonton di rumah ketawa terbahak-bahak.

Suatu ketika dahulu, segmen tersebut pernah dikecam hebat kerana menayangkan parodi artis antarabangsa, Yuna dipeluk artis berkulit hitam, Usher dalam keadaan mukanya sengaja digelapkan.

Bagaimanapun, permohonan maaf telah dibuat dan kontroversi itu lenyap begitu sahaja.

Jom layan parodi terbaru oleh Jihan Muse yang meniru gaya artis seberang, Luna Maya selaku juri di pentas Maharaja Lawak Mega 2017, memberi komen terhadap persembahan pelawak Mat Sabah di minggu pertama. Kelakar habis!

Sumber berita: izyan.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)