Vatican City adalah sebuah negara bebas yang dikelilingi bandar Rom, Itali. Negara kecil ini ditubuhkan melalui Perjanjian Lateran pada tahun 1929. Dengan keluasan hanya 110 ekar dan populasi kira-kira 1000 orang, ia adalah negeri berdaulat terkecil di dunia dari segi keluasan dan bilangan penduduk.

Walaupun kecil, Vatican City begitu terkenal di seluruh dunia kerana ia adalah pusat kepada rangkaian keagamaan Kristian Katolik. Malah, pemimpin Kristian tertinggi iaitu Pope juga menetap di sini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pada masa lampau, negara kecil ini mungkin melayan para penduduk wanitanya agak berbeza kerana hanya lelaki sahaja yang dibenarkan mempunyai kuasa dan berpengaruh di sini. Namun, Vatican telah melakukan perubahan yang agak besar apabila telah membentuk pasukan bola sepak wanitanya yang pertama. 

vatican city

Pasukan baru itu terdiri daripada wanita yang bekerja di negara berdaulat itu, atau mungkin isteri dan anak perempuan kepada kaum lelaki yang bekerja di sana. Para wanita di sana bekerja di pelbagai sektor jabatan kerajaan Vatican, begitu juga dengan pejabat pos dan pusat kesihatan mereka.

Setakat ini, belum ada lagi biarawati yang menyertai pasukan bola itu secara sukarela. Semua ahli pasukan terdiri daripada wanita biasa. Sport in Vaticano adalah organisasi yang merupakan tulang belakang kepada penubuhan kelab bola sepak wanita yang baru itu.

Ketua organisasi itu, Danilo Zennaro, berkata mereka penyertaan terbuka kepada biarawati yang berminat dalam sukan itu. Satu-satunya syarat penyertaan ialah mereka mestilah bekerja di Vatican City, tidak kiralah dalam sektor mana sekalipun.

pasukan bola sepak wanita vatican berlatih

Pada penghujung bulan lalu, pasukan bola sepak wanita Vatican City melangsungkan perlawanan sulung mereka menentang pasukan wanita AS Roma yang merupakan sebuah pasukan profesional.

Walaupun perlawanan itu hanya berlangsung selama 20 minit dalam separuh masa, pasukan baru Vatican City telah kalah teruk dengan jaringan dua angka. Encik Zennaro memberitahu The Telegraph, walaupun ia kekalahan besar tetapi ia tidak penting kerana pasukan baru itu dapat belajar daripada pasukan yang lebih hebat.

Selepas ini, pasukan wanita Vatican City akan bermain untuk perlawanan pertamanya di luar negara menentang pasukan Vienna. Kebanyakan pasukan wanita Vatican terdiri daripada pemain amatur yang berumur antara 25 hingga 50 tahun.

pasukan bola sepak wanita vatican 2

Namun, ada juga beberapa pemain yang telah bermain di peringkat yang lebih tinggi seperti kapten pasukan, Eugene Tcheugoue yang berasal dari Cameroon. Sekitar 60% pemain adalah wanita yang bekerja di Vatican manakala 20 peratus adalah isteri kepada pekerja. Selebihnya pula adalah anak perempuan kepada pekerja di Vatican.

Pada waktu ini terdapat kira-kira 800 orang wanita yang bekerja di Vatican. Namun, hubungan pihak gereja dengan kaum wanita dipenuhi dengan kesulitan walaupun pada masa sekarang.

Pada bulan Mac yang lalu, seluruh lembaga majalah wanita Vatican yang mendedahkan skandal gangguan seksual terhadap biarawati oleh paderi Katolik telah meletak jawatan. Mereka berbuat demikian dengan alasan terdapat campur tangan daripada pihak gereja.

biarawati dan pope francis

Pope Francis dan para biarawati Vatican City

Majalah itu, Women Church World, telah mendedahkan bahawa gangguan biarawati di seluruh dunia telah menyebabkan banyak kes keguguran dan kelahiran anak yang tidak sah taraf.

Kecaman itu mengakibatkan pengakuan terbuka yang mengejutkan beberapa hari kemudian oleh Pope Francis, yang mengatakan bahawa dalam beberapa kes para biarawati telah diperlakukan oleh para paderi seperti "hamba seks".

Kesemua pasukan editorial yang terdiri daripada wanita itu meletak jawatan daripada majalah itu kerana usaha pendedahan mereka telah dihalang bagi menafikan kerja mereka.

pasukan bola sepak wanita vatican 3

Walaupun begitu, pembentukan pasukan bola sepak wanita mereka berjalan lancar setelah penubuhan Kelab Atlet Vatican pada bulan Januari yang lalu.

Kelab itu mempunyai lebih daripada 60 orang ahli yang terdiri daripada Pengawal Swiss, para pegawai Vatican City, para paderi dan juga biarawati.

gadis gereja main bola

Rembat!!

Pada tahun 2013, Vatican telah membentuk pasukan kriket mereka sendiri yang dinamakan sebagai St. Peter's XI. Ia terdiri daripada para paderi Katolik dan pekerja di Rom yang berasal daripada negara-negara yang terkenal dengan kriket seperti India, Pakistan, Australia dan England.

Rujukan:

1. The Guardian

2. Telegraph

3. Inside The Games




Hakcipta iluminasi.com (2017)