Sebagai seorang peminat sukan, pernah tak anda mengalami situasi di mana anda nak berbual tentang sukan yang anda minati - tetapi anda takut nak menyebutnya bimbang salah sebutan sesuatu namanya?

Pasti ramai pernah berhadapan situasi sebegini, apatah lagi bila bidang sukan antarabangsa bukan saja menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara bahkan turut sama melibatkan beberapa lagi bahasa berbeza.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Nama kelab bola sepak walaupun selalu kita dengari disebut, ada juga yang sebenarnya jauh berbeza kaedah sebutan asalnya. Berikut adalah 10 kaedah cara sebutan nama kelab bola sepak popular di Eropah sebenar, berdasarkan kepada panduan yang dikeluarkan badan pengendali UEFA.

1. Ajax Amsterdam

ajax amsterdam sebutan

Kelab dari Belanda ini dinamakan sempena Ajax, pahlawan legenda dalam mitologi orang Yunani seperti yang diceritakan dalam karya Iliad.

Ditubuhkan pada tahun 1900, nama Ajax digunakan kerana 3 pengasas kelab itu Floris Stempel, Carel Reeser dan Han Dade merasakan semangat Ajax yang sanggup membunuh diri berbanding menyerah harus dijadikan asas kepada identiti kelab tersebut.

Walaupun di eja sebagai 'Ajax', nama asal Ajax sebenarnya ditulis sebagai Αἴας dalam bahasa Yunani - menyebabkan sebutan sebenarnya adalah 'Ai-eks' tanpa perlu kita menyebut huruf J yang ada.

2. Barcelona

barcelona cara sebutan

Dari aspek sejarah, istilah 'Barcelona' mempunyai beberapa pendapat berbeza. Ada yang mengatakan istilah ini datang dari orang Rom yang berbunyi barcino, ada juga yang menyebut istilah ini istilah asal orang Iberia 'barkeno.'

Ada juga legenda tempatan menyebut orang Rom hadir ke situ menaiki 9 bot, tetapi salah satunya karam di kawasan berdekatan. Sempena mengingati bot tersebut, kawasan itu dinamakan 'Barca-Nona' atau 'bot kesembilan.'

Walaupun dieja hanya dengan satu L dalam bahasa Inggeris, sebutan sebenar nama kelab ini adalah 'Bar-sell-owe-nah', dengan sebutan E di bahagian 'sell' itu menggunakan sebutan E taling. 

3. Bayern Munchen

bayern munich munchen

Dalam bahasa Inggeris, kita sebut kelab ini sebagai Bayern Munich tetapi kelab ini dinamakan Bayern Munchen. Mana lagi tepat? 'Munchen.' Ini adalah nama sebenar bandar di mana kelab dari Jerman ini beroperasi.

'Munchen' pula kata akarnya adalah 'munch' yang bermaksud sami, jadi munchen sebenarnya membawa makna 'tanah kumpulan sami gereja,' Nama ini diambil ekoran sejarah pembukaan monasteri di sana pada tahun 750.

Kaedah sebutan sebenar Bayern Munchen adalah 'Bai-yern Moon-shen'.

4. Borussia Dortmund

borussia dortmunda cara sebutan

Nama 'Borussia' sebenarnya datang daripada 'Prussia', sebuah kerajaan yang satu ketika dulu dibentuk oleh masyarakat yang kini menetap di Jerman, Poland, Lithuania dan Russia.

Nama itu dipercayai hadir ekoran kedudukan mereka yang terletak dekat dengan Russia, jadi mereka digelarkan 'Po-rus' atau 'dekat Russia.' Selepas tewas dalam peperangan, kerajaan Prussia diserap masuk ke dalam Empayar Jerman dan dinamakan Prussia Timur.

'Borussia' disebut dengan kaedah yang berbeza berbanding ejaannya. Sebutan sebenarnya adalah 'Bo-russ-iar' di mana penghujungnya dimatikan dengan sebutan R walaupun tidak ada huruf itu dalam ejaan Inggeris-nya.

5. Club Brugge

club brugge bahasa sebutan belgium

Di antara semua nama kelab yang ada, nama kelab dari Belgian ini pada penulis paling mengelirukan sekali sebutannya disebabkan kita sudah terbiasa dengan kaedah sebutan bahasa Inggeris.

Orang ramai biasa akan membaca namanya sebagai 'Kelab Brooj', tetapi sebutan sepatutnya adalah 'Keluub-Bruger' (baca ikut bahasa Melayu), sempena nama bandar asal kelab itu iaitu Bruges.

6. Internazionale Milano

inter milano itali kelab nama sebutan

Pasti peminat bola sepak tahu di bandar Milan, ada dua kelab gergasi iaitu AC Milan dan Inter Milan. Bagaimanapun, ada perbezaan besar dalam aspek nama kedua-dua kelab.

Disebabkan sejarahnya diasaskan oleh dua orang Inggeris, AC Milan secara rasmi dikenali dengan nama Associazione Calcio Milan di mana ejaan 'Milan' dari bahasa Inggeris digunakan.

Bagi musuh tradisi mereka Inter Milan, nama sebenar kelab itu adalah Internazionale Milano di mana bandar Milan dirujuk menggunakan ejaan dan sebutan asalnya. Ini bermakna Inter Milan sepatutnya disebut sebagai Inter Milano bagi menunjukkan perbezaan ini.

7. Juventus

juventus cara sebutan betul

Walaupun dari segi ejaan, nama kelab gergasi dari Turin, Itali ini ditulis sebagai Juventus - dalam bahasa Itali, huruf J sebenarnya tidak ada.

Ini bermakna sebutan yang mewakili bunyi huruf J itu juga tidak ada secara rasmi kecuali dalam istilah-istilah pinjaman.

'Juventus' disebut sebagai 'Iuventus', diambil dari bahasa Latin yang membawa makna 'keremajaan.' Istilah itu pula dipercayai berasal dari nama salah satu Dewi orang Rom zaman dahulu yang mewakili usia muda.

8. Valencia

valencia cara sebutan betul

Seperti bahasa Itali yang tidak ada sebutan huruf J dalam sistem bahasanya, huruf V dalam bahasa Sepanyol dibaca dan disebut berbeza.

Seandainya kita nampak istilah Sepanyol ditulis dengan huruf V, huruf tersebut sepatutnya dibaca sama ada dengan bunyi B yang lembut atau gabungan B+V yang lebih keras.

Nama kelab bola sepak Valencia datang dari nama bandar Valencia, bandar ketiga terbesar di Sepanyol. Membawa makna 'kekuatan', ejaan terawal Valencia adalah 'valentia.' Bagaimana nak menyebutnya? Sebutan sepatutnya adalah 'Ba-len-si-ya.'

9. Paris Saint-Germain

cara sebutan betul paris saint germaine

Sistem ejaan dalam bahasa Inggeris yang diangkat sebagai lingua franca masyarakat antarabangsa, memang menyebabkan banyak kaedah sebutan jadi ala Inggeris - sehingga terabai sistem sebutan asalnya.

Nama Paris Saint-Germain adalah satu contoh cukup jelas. Kita biasa menyebut nama kelab Perancis ini sebagai 'PAA-RIS-SEINT-JERMAN' tetapi sebutan sebetulnya adalah 'PAH-RI-SAN-JER-MAN'. Huruf S dalam PARIS tidak dibunyikan.

Bagi yang tidak tahu, Saint Germain merujuk kepada nama sebuah pekan yang terletak tidak jauh dari kota Paris bernama Saint-Germain-en-Laye, dalam sejarahnya adalah lokasi kelahiran Raja Louis XIV, menjadikan pekan itu diletakkan sebagai salah satu pekan di-raja di sana.

10. Real Madrid

cara sebutan nama kelab real madrid

Perkataan 'real' merupakan antara slanga yang cukup popular digunakan ahli masyarakat kita, tetapi 'Real' dalam nama kelab bola sepak Real Madrid, bukanlah bermakna 'real' yang biasa didengari.

Sebaliknya istilah itu merujuk kepada perkataan sebenar 'royal' atau golongan di-raja, selepas Real Madrid diangkat sebagai kelab yang diangkat Raja Alfonso XIII pada tahun 1920. Ekoran daripada peristiwa itu, kelab itu dinamakan semula sebagai 'Real Madrid Club de Futbol' dengan istilah 'Real' itu mewakili Raja Sepanyol.

Cara sebutannya juga seharusnya dibetulkan. 'Real Madrid' sebenarnya disebut sebagai 'Rey-al-Maa-dreed' di mana bunyi 'Royal' nya masih kedengaran.

Sebutan 'Madrid' juga berbunyi lebih lembut berbeza dengan kaedah sebutan yang biasa kita dengar, di mana ramai menyebutnya sebagai 'Madd-dreed', sebaliknya 'Maa-dreed' adalah sebutan yang asli.

Kenapa sebutannya 'Maa-dreed'? Ini kerana nama itu sendiri berasal dari istilah orang Arab.




Hakcipta iluminasi.com (2017)