Vaquita adalah spesis ikan lumba-lumba yang paling jarang ditemui di dunia dan tersangat terancam, menurut Kesatuan Antarabangsa untuk Pemulihan Alam (IUCN). Para saintis mengganggarkan terdapat hanya 30 ekor ikan ini yang masih hidup di dunia, dan ada yang mengatakan ia hanya tinggal sebanyak 12 ekor.

vaquita spesis marin rare yang sangat terancam 8

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kedua-dua angka ini dilihatkan sebagai terlalu sedikit bagi spesis ini untuk kembali membiak dan menambahkan populasinya. iluminasi.com kongsikan 5 perkara yang anda perlu tahu sebelum spesis ini pupus selamanya dari muka bumi.

1. Vaquita pertama kali dikenalpasti pada tahun 1958

vaquita spesis marin rare yang sangat terancam

Pada tahun 1950, saintis dari Universiti California, Kenneth Norris menjumpai satu tengkorak ikan di pantai utara Punta San Felipe di Baja, California. Setahun kemudian, rakan Kenneth menjumpai dua lagi tengkorak.

Dan apabila tengkorak tersebut dibandingkan dengan tengkorak ikan lumba-lumba lain di Muzium Zoologi Vertebrata di Berkeley, California, mereka mendapati terdapat perbezaan yang sangat jelas bahawa ia merupakan spesis baru. Kenneth Norris pertama kali menggambarkan tentang Phocoena sinus (ikan lumba-lumba teluk) dalam Jurnal Mamalogi pada tahun 1958.

2. Vaquita bermakna "lembu kecil" dalam bahasa Sepanyol

vaquita spesis marin rare yang sangat terancam 3

Ikan lumba-lumba vaquita biasanya mempunyai ukuran panjang 1.5 meter (betina lebih besar daripada jantan) dan dengan berat tak lebih daripada 45.4 kilogram. Bagi kategori ikan lumba-lumba, vaquita boleh dianggap sebagai kecil, dengan badan montel dan berkepala bulat.

Pada mata dan mulut vaquita mempunyai lingkaran berwarna gelap yang mungkin memberikan nama kepada ikan ini, dan vaquita dalam bahasa Sepanyol bermaksud "kambing kecil".

Vaquita tinggal di kawasan air cetek dan keruh, serta makan pelbagai jenis ikan, sotong dan ketam.

3. Hanya boleh ditemui di satu kawasan sahaja di dunia

vaquita spesis marin rare yang sangat terancam 6 658

Vaquita tidak boleh ditemui di tempat lain dan hanya tinggal di bahagian utara Teluk California, di antara Baja California dan tanah besar Mexico. Ia merupakan spesis yang tak suka berpindah dan hanya tinggal di habitatnya dalam kumpulan yang agak kecil.

Vaquita hanya membiak sekali dalam masa 2 tahun, manakala kebanyakan daripada ikan lumba-lumba melahirkan anak setiap tahun. Ia paling berkait rapat dengan ikan lumba-lumba di Amerika Selatan, tetapi spesis ini terpisah daripada "keluarga" sekurang-kurangnya 2.5 juta tahun yang lalu.

4. Anggaran populasi kali pertama pada tahun 1997

vaquita spesis marin rare yang sangat terancam 9

Pada tahun 1997, saintis daripada Amerika Syarikat dan Mexico menghabiskan beberapa hari melakukan pencarian untuk mengira jumlah populasi vaquita. Sebanyak 567 ekor vaquita dianggarkan pada masa itu, yang mana memberitahu bahawa penurunan yang mendadak berlaku akibat aktiviti memancing yang berleluasa serta kekurangan air yang disalurkan ke ladang-ladang dan bandar.

Menggunakan data ini, Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam (IUCN) menganggarkan kemungkinan sebanyak 5,000 ekor vaquita masih wujud pada awal abad ke-20.

5. Sebab utama vaquita berhadapan masalah kepupusan

vaquita spesis marin rare yang sangat terancam 4

Aktiviti penangkapan ikan yang tidak mapan dan menyalahi undang-undang merupakan faktor utama yang mendorong kepada kepupusan vaquita, terutama sebagai hasil sampingan daripada penangkapan haram.

Disebabkan vaquita berkongsi habitat bersama ikan totoaba (ikan yang mendapat permintaan), spesis ini menjadi mangsa apabila terlekat pada jaring secara tidak sengaja. Permintaan tinggi terhadap organ dalaman ikan totoaba yang dipercayai mampu menyembuhkan pelbagai penyakit dalam perubatan China menambahkan lagi parah terhadap masalah kepupusan vaquita.

"Swim bladder" dari ikan totoaba ini diseludup dari sempadan AS dan dihantar ke China yang mana harganya mampu mencecah RM33,500 sekilogram di pasaran gelap.

6. Apa yang boleh dilakukan untuk menyelematkan vaquita?

vaquita spesis marin rare yang sangat terancam 7

Presiden Mexico, Peña Nieto sangat komited untuk melindungi spesis ikan lumba-lumba ini, namun penangkapan ikan totoaba terus meningkat, membuatkan jumlah vaquita menurun ke paras bahaya.

WWF meminta respon segera dari kerajaan Mexico, Jawatankuasa Warisan Dunia dan Pihak CITES, NGO dan kumpulan masyarakat sivil untuk melindungi kebajikan terhadap kumpulan terakhir vaquita dan menetapkan Teluk California sebagai kawasan pemulihan. Kegagalan untuk bertindak akan mengakibatkan kepupusan vaquita.

Pada 30 Jun 2018, kerajaan Mexico telah mengumumkan pengharaman kekal terhadap penggunaan gillnet di kawasan berkenaan. Kerajaan Mexico diberikan masa 1 tahun untuk menunjukkan bahawa mereka mengambil langkah undang-undang, saintifik, teknikal, pentadbiran dan kewangan untuk melindungi tapak warisan dan haiwan yang tinggal di Teluk California, termasuklah vaquita.




Hakcipta iluminasi.com (2017)