Oleh pada 21 Dec 2017 kategori

Bagaimanakah warna seperti biru, hijau, kuning dan lain-lain terhasil? Sekiranya anda pernah mengambil mata pelajaran sains di sekolah, anda pasti tahu bahawa warna-warna ini terhasil apabila sesuatu bahan tersebut menyerap gelombang cahaya dan hanya memancarkan satu gelombang cahaya sahaja yang mewakili warna tertentu.

Bagaimana pula dengan warna hitam? Ianya terhasil kerana cahaya menyerap hampir kesemua gelombang cahaya yang dipancarkan padanya. Pernahkah anda tertanya, apakah bahan, benda atau barang paling gelap di dunia? Jawapan mudahnya adalah Black holes.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini tular sebuah firma bernama Surrey NanoSystems yang berpangkalan di Britisih telah menghasilkan satu bahan yang sangat hitam dan gelap yang diberi nama Vantablack. Vantablack dikatakan bahan paling gelap dan hitam di dunia yang dicipta oleh manusia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Apa itu Vantablack?

Sebenarnya, Vantablack bukanlah baru sebaliknya pihak firma Surrey NanoSystems telah menciptanya kira-kira 3 tahun lepas. Vantablack ini sangat hitam dan gelap dimana ianya menyerap 99.96% daripada cahaya yang dipantulkan padanya. Ini bermakna, hanya 0.04% cahaya yang dipancarkan padanya akan dipantulkan dan boleh dilihat oleh manusia!

Vantablack adalah bahan sebatian kimia yang terhasil daripada susunan karbon tiub nano. Sifatnya yang tahan gegaran mekanikal dan tekanan haba menyebabkan semakin banyak kajian dilakukan keatasnya untuk menguji keberkesanan aplikasi dan penggunaannya dalam bidang kejuruteraan, aeroangkasa, arkitek dan dalam penghasilan mikcrocip.

Ilusi Optik

Vantablack merupakan bahan yang sangat unik. Ianya boleh mengelirukan mata manusia dan menyembunyikan bentuk sebenar barangan atau replika yang disaluti oleh lapisan Vantablack ini. Perhatikan kedua-kedua replika bentuk muka di bawah ini:

ilusi optik vantablack

Kedua-duanya adalah replika bentuk muka yang serupa. Walaubagaimanapun, tanpa perbandingan dengan replika pada bahagian kiri, mata manusia tidak dapat mengenalpasti rekabentuk asal muka yang terletak pada bahagian kanan. Ianya seolah-olah satu lubang gelap yang tidak memiliki apa-apa bentuk dan tekstur. Menarik bukan?

barangan yang disaluti vantablack 960

Cuba perhatikan gambar di atas. Tanpa objek asal sebagai perbandingan disebelahnya, adalah mustahil untuk mengetahui apakah objek sebenarnya yang dipegang. Mata manusia hanya akan melihatnya sebagai satu bentuk lubang gelap.

Masa depan Vantablack

Penemuan Vantablack ini merupakan satu penemuan mengagumkan dalam bidang sains. Terdapat banyak kajian yang sedang dilakukan bagi mengenalpasti lebih banyak potensinya. Antara potensi besar penggunaan Vantablack ini adalah dalam teknologi penyamaran pihak tentera.

Selain itu, cirinya yang menyerap cahaya juga berpotensi digunakan untuk menghasilkan teleskop dan meningkatkan teknologi kamera inframerah. Menurut firma Surrey NanoSystems juga, terdapat beberapa syarikat yang menghasilkan jam mewah, kenderaan dan juga telefon pintar yang datang berjumpa mereka dan berminat untuk mengaplikasikan Vantablack dalam produk keluaran mereka.

aplikasi penggunaan vantablack

Adakah anda boleh membeli lapisan cat berwarna Vantablack?

Tidak. Menyadur atau menyelaputi sesuatu barang dengan Vantablack bukanlah semudah mengecat barangan tersebut. Ianya perlu dilakukan di makmal dan melalui banyak proses berhaba tinggi. Selain itu, proses penghasilannya juga dipatenkan. Mengenai kos penghasilannya pula, menurut firma Surrey NanoSystems, ianya lebih mahal daripada emas.

Kredit:

  1. Futurism
  2. WikiPedia
  3. CNN
  4. Mental Floss



Hakcipta iluminasi.com (2017)