kaabah pusat keagamaan umat islam

"Al-Bait Al-Ateeq", nama lain bagi Kaabah yang bermaksud "Rumah Kuno" dikunjungi oleh umat Islam dari seluruh dunia untuk menunaikan umrah dan haji setiap tahun.

Dan kerana Kaabah adalah struktur yang tersangat penting, maka tugas yang besar diberikan kepada tirai yang megah, digunakan untuk menutupi keseluruhan bangunan ini.

kaabah mekah

Tirai ini dikenali sebagai "Kiswah". Kiswah ini datang dari pelbagai tempat sejak Kaabah dibina.

Dan tidak mengira faktor sosial atau ekonomi yang mungkin memainkan peranan dalam hal ini, apa yang sangat konsisten adalah Kiswah dianggap sebagai satu simbol penghormatan dan ketuhanan terhadap "Bay't Al-Haram", satu lagi nama lain untuk Kaabah yang bermaksud "Rumah Suci". 

Penutupan Kaabah kali pertama

proses menutup kaabah

Untuk asal usul tradisi Kiswah ini, sejarah menceritakan dua kisah.

Yang pertama adalah Nabi Ismail atau salah seorang daripada nenek moyang Nabi Muhammad, Adnan, adalah orang pertama yang menutup Kaabah.

Tradisi menutup Kaabah ini adalah sangat kuno kerana Kaabah telah digunakan selama beratus-ratus tahun sebagai pusat keagamaan yang penting oleh lebih daripada satu agama polytheistik, yang mana kini semuanya telah hilang.

Pada mulanya kain penutup Kaabah ini dibawa dari merata tempat dalam semua jenis warna dan bahan.

Menutup Kaabah dianggap sebagai satu keistimewaan dan penghormatan oleh itu terdapat persaingan di antara keluarga-keluarga dan kumpulan penting untuk berbuat demikian.

Suku kaum daripada Teluk Arab serta bahagian-bahagian lain dari Timur Tengah bekerjasama untuk memastikan Kaabah sentiasa tertutup. Bahan yang berlainan daripada pelbagai bahagian dunia dibawa untuk tujuan ini.

proses menutup kaabah 2

Ketika zaman Rasulullah S.A.W, Kiswah diperbuat daripada kain dari Yaman dan ia ditukar atau diperbaharui dua kali setahun, iaitu sebelum bulan Ramadhan dan ketika menunaikan haji.

Kemudian di zaman pemerintahan Khalifah, penyediaan Kiswah secara rasmi menjadi sebahagian daripada kewajipan dan tanggungjawap kerajaan atau pemeringah.

Ketika itu, Mesir yang mana rakyatnya terkenal dengan tenunan mereka yang rumit dengan reka bentuk kompleks dalam pelbagai jenis bahan bertanggungjawab membekalkan Kiswah .

Pada masa itu, Mesir yang rakyatnya terkenal dengan tenunan mereka yang rumit dengan reka bentuk kompleks dalam pelbagai bahan dipertanggungjawabkan untuk membekalkan Kiswah.

Ketika zaman pemerintahan Empayar Uthmaniyyah, penjagaan yang baik dan teliti dibuat dalam memilih penyusun dan penenun terbaik di Tinees, sebuah bandar Mesir yang terkenal dengan kemudahan dan kehebatan dalam merekabentuk.

proses menutup kaabah 3 menggunakan kiswah

Pada ketika itu, Kiswah dihasilkan menggunakan kain sutera berwarna hitam di mana terdapat pelbagai reka bentuk dan tenunan yang kompleks. Sejak itu Kiswah kekal berwarna hitam sehinggalah ke hari ini.

Di awal tradisi ini, Kiswah tidak pernah dibuang daripada Kaabah sebaliknya Kiswah yang baru dipasangkan di atas Kiswah yang lama.

Pada tahun 160 Hijrah, Al-Mahdi Al-Abbasi memerintahkan supaya Kiswah dibataskan kepada satu lapisan sahaja kerana khuatir kain tersebut akan merosakkan Kaabah dari masa ke masa.

Sejak itu, Kiswahsentiasa dipasangkan selapis sahaja dan kain Kiswahterpajai diberikan sebagai hadiah yang dipotong dengan teliti kemudian dibingkaikan. 

Ketika Raja Abdul Aziz memasuki Mekah pada tahun 1343 Hijrah, beliau menerima tanggungjawab sepenuhnya terhadap Kaabah termasuklah menyediakan Kiswah.

3 bahagian Kiswah

bahagian kiswah yang dikenali sebagai sitaar pada pintu kaabah 993

Kiswah yang asal mempunyai 3 bahagian utama iaitu Sitaar (tirai) bagi pintu Kaabah, tirai dalaman Kaabah dan "Hizam" (tali pinggang Kaabah).

Kesemuanya diperbuat di Kilang Kiswah Kaabah yang eksklusif dan khusus di mana tahap pengeluaran yang paling tepat dan mahir digunakan sama ada terhadap bahan di mana Kiswah dihasilkan atau sulaman yang digunakan di atasnya.

Sitaar yang bersaiz 6.5 meter tinggi dan 3.5 meter lebar diperbuat daripada kain sutera hitam dengan lapisan sutera hijau yang tebal.

tirai dalaman kaabah berwarna hijau

Ayat-ayat dari Al-Quran ditulis di atasnya dan rekabentuk Islam jelas tersulam di atasnya serta semua diliputi dengan perak dan emas.

Tirai bahagian dalam Kaabah diperbuat melalui tenunan tangan, oleh itu ia memerlukan ketepatan dan kemahiran serta kesenian asli. Pembuatannya terdiri daripada beberapa fasa bermula dengan pencelupan sutera hijau.

Ayat-ayat dan rekabentuk dilukis dan dicetak pada sutera hijau untuk sulaman yang akan dilakukan.

Antara proses yang paling halus dan terpanjang adalah penyulaman, yang dijahit dengan warna putih di atas rekabentuk yang rumit dan ayat-ayat yang dicetak.

hizam kaabah

Sutera hijau kemudiannya dipasangkan di atas tembok dalaman Kaabah serta bahagian siling. Bahagian lapisan dalaman ini ditukar setiap 3 hingga 5 tahun.

Bahagian utama ketiga Kiswah iaitu Hizam adalah satu karya seni yang indah. Diletakkan dua pertiga di antara tanah dengan puncak Kaabah, Hizam memahkotakan Kaabah dengan keindahan emas dan cahaya.

Hizam adalah tali yang ditenun dengan ayat-ayat Quran dan rekabentuk Islam dengan pendawaian perak tebal disaluti dengan emas, bersaiz 47 meter panjang dan 95 sentimeter lebar.

Kilang Kiswah 

penghasilan kiswah

Disebabkan oleh kepentingan kegamaan Kaabah, sebuah kilang Kiswah rasmi telah dibina di zaman pemerintahan Raja Abdul Aziz, iaitu pada tahun 1346 Hijrah (1927).

Kilan itu menghasilkan Kiswah yang pertama pada tahun yang sama dan kerja-kerja penghasilan kemudiannya berkembang dari tiga bahagian menjadi enam bahagian.

Pembuatan Kiswah dibahagikan kepada lima peringkat iaitu pencelupan, penenunan, pencetakan, penyulaman dan pemasangan.

Fasa penghasilan Kiswah

penghasilan kiswah 3

Pencelupan bermula dengan sutera mentah direndam dalam air panas bercampur selama 24 jam dengan sabun dan unsur-unsur lain. Sutera kemudiannya menjadi putih dan dicelup hitam atau hijau bergantung kepada bahagian Kiswah.

Peringkat kedua adalah penenunan. Sebelum ini, kebanyakan penenunan dilakukan dengan tangan, namun untuk bahagian yang besar yang tak memerlukan kesenian yang tinggi, ia dilakukan menggunakan mesin.

Tenunan tangan masih digunakan untuk sentuhan akhir yang hanya boleh dilakukan melalui sentuhan manusia.

Peringkat ketiga iaitu pencetakan semua rekabentuk dan kaligrafi yang dibuat pada Hizam atau bahagian Kiswah yang disulam.

Fasa keempat adalah sulaman sebenar dan ia adalah peringkat yang memakan masa paling lama dan berat. Semua reka bentuk dan kaligrafi disulam menggunakan tangan dengan emas dan perak.

kilang kiswah

penghasilan kiswah4

Peringkat terakhir adalah proses penyediaan untuk memasang pada Kaabah, melibatkan penyelarasan dan mencari sudut-sudut Kiswah supaya rekabentuk dan ayat-ayat yang sesuai dapat dipaparkan di bahagian tertentu.

Bagi umat Islam terdapat dua "Eid", iaitu dua hari istimewa yang diraikan. SPertama adalah pada akhir Ramadhan, dan yang kedua adalah pada akhir Haji.

Dan setiap tahun menjelang hari ke-9 Zulhijjah (21 Ogos 2018), bulan haji, Kiswah yang baru siap dan tersedia untuk menyelaputi Kaabah.

Rujukan:

1. About Islam

2. Darul Ihsan

3. Emel


tags : , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)