valdir segato lelaki yang ingin menjadi the hulk 2

Umum tahu sesetengah manusia sanggup untuk melakukan apa saja demi mendapatkan tubuh badan yang diimpikan.

Pengubahsuaian badan, pembesaran payu dara dan punggung, melukis tatu dan macam-macam lagi teknik aneh hanya kerana ingin memuaskan nafsu mereka mengubah penampilan badan bersesuaian dengan apa yang diingini.

Namun terdapat seorang lelaki yang telah melakukan lebih daripada kesanggupan untuk mendapatkan badan impiannya, dengan menyuntik minyak ke dalam badannya.

Ya, minyak!

Mahu menjadi seperti Hulk

valdir segato lelaki yang ingin menjadi the hulk

Valdir Segato, seorang "ahli bina badan" meletakkan nyawanya dalam bahaya dengan menyuntik minyak ke bahagian tangannya dalam usaha untuk menjadikan ototnya kelihatan lebih kembang dan besar.

Hasilnya? Biceps Valdir mengembang kepada ukuran yang mengejutkan iaitu 23 inci, terima kasih kepada teknik yang melibatkan suntikan Synthol.

Mungkin ramai yang tidak pernah mendengar nama ini, tetapi synthol dikenali sebagai "Site Enhancement Oil (SEO)" yang mengandungi 85% minyak, 7.5% lidocaine dan 7.5% alkohol. 

valdir segato mahu jadi hulk suntik minyak sintol

Popular dalam kalangan ahli bina badan, synthol telah digunakan sejak lama dahulu oleh mereka yang profesional yang ingin meningkatkan penampilan bahagian otot yang kurang menyerlah, sebelum pertandingan.

Selepas ramuan ini disuntik ke bahagian yang sesuai, apa yang anda perolehi adalah pertumbuhan otot dengan kadar segera.

Dan seperti yang anda jangkakan, Valdir, 48 tahun, telah mencapai pertumbuhan otot berkali-kali ganda dengan menyuntik bahan yang berpotensi membawa maut ini sejak 5 tahun yang lalu.

Dan kini, dia masih meneruskan melakukan apa sahaja untuk menjadikan bicepsnya lebih besar. 

valdir segato lelaki yang ingin menjadi the hulk 3

"Saya telah menggandakan saiz biceps saya kepada 60 sentimeter, tetapi saya mahu ia lebih besar,".

Valdir tinggal di Sau Paulo, Brazil dan merupakan seorang pekerja binaan.

Dia mendapat inspirasi untuk membina badan daripada juara Mr.Olympia 7 kali dan juga pelakon Hollywood, Arnold Schwarzenegger dan Hulk, serta menggelarkan dirinya sebagai "He-Man" dan "the Monster" dalam kalangan penduduk tempatan.

"Ini adalah mimpi yang menjadi kenyataan yang saya inginkan dan takluki. Anda melihat badan anda dan ia semakin berkembang, membuatkan anda mahukan lebih besar. Mereka memanggil saya Hulk, Scwarzenegger dan He-Man setiap masa dan saya sukakannya," jelas Valdir. 

Dahulunya seorang lelaki yang sangat kurus

valdir segato lelaki yang ingin menjadi the hulk 6

Tidak seperti yang anda sangkakan, Valdir bukanlah individu yang bertubuh besar sejak kecil. Sebaliknya, dia bertubuh kurus kering disebabkan oleh dadah.

Valdir terlibat dengan dadah yang membuatkannya kehilangan berat badan kerana kurang makan dan menjalani kehidupan yang salah.

Ketika bertubuh kurus, orang memanggil Valdir dengan paanggilan "Skinny Dog" dan "Little Skull", membuatkan dia memutuskan untuk mengubah hidupnya.

valdir segato lelaki yang ingin menjadi the hulk 7 828

Bermula dari itu, Valdir menyertai pusat gimnasium tempatan dan memulakan perjalanan bina badannya.

Namun, bersenam semata-mata tidak akan membolehkan Valdir mendapatkan hasil yang drastik. Valdir kemudiannya mengetahui mengenai synthol daripada rakannya di gimnasium.

Dan dalam sekelip mata, Valdir ketagihkan bahan peningkatan otot dan mula menyuntikkannya dengan kerap di bahagian bisep, dada, dan bahunya. Minyak ini tidak menjadikan Valdir kuat walaupun kelihatan sangat berotot. 

valdir segato lelaki yang ingin menjadi the hulk 02

Minyak ini hanya memberikan kesan estetik, ia membentuk badan anda dan membuatkan otot anda "bengkak", ia tidak memberikan kesan kepada kekuatan.

Namun, obses Valdir terhadap bahan ini tersangat berbahaya dan beberapa kali hampir membunuhnya.

Masih tidak mahu berhenti menggunakan synthol

valdir segato lelaki yang ingin menjadi the hulk 1

Pernah berlaku pada satu ketika apabila Valdir menyuntik dos berlebihan dan dimasukkan ke hospital untuk beberapa hari.

Walaupun diberi amaran beberapa kali oleh doktor, rakan-rakan dan orang tersayang, Valdir masih belum bersedia untuk berhenti menggunakannya.

Bukan sahaja dia menghadapi ancaman kemungkinan terbunuh akibat bahan ini, malah hidupnya dicemari oleh kecintaannya terhadap synthol, membuatkan pasangan hidupnya berasa tidak selesa dengan dirinya yang terlalu "gila".

"Ketika ini, saya keseorangan, saya tidak punya sesiapa. Saya dapat perhatian tetapi orang seolah-olah takut untuk menghampiri saya, saya rasa itulah sebabnya saya keseorangan,".

valdir segato lelaki yang ingin menjadi the hulk 11

valdir segato lelaki yang ingin menjadi the hulk 5

Masyarakat tempatan berbelah bagi dengan penampilan Valdir, ada yang jelas mengagumi dan yang lain mengejek-ejek serta menjadikan Valdir sebagai bahan ketawa.

Valdir masih ingin meneruskan impiannya dan berhasrat untuk menambah lagi 10 sentimeter saiz ototnya. 

Rujukan:

1. Daily

2. Daily Star

3. Mirror

4. Culture Hook


tags : , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)