Dengan pembangunan teknologi yang canggih, penggunaan steroid adalah perkara yang biasa pada hari ini. Ia bukan sahaja digunakan dalam perubatan, tetapi juga di dalam sukan terutamanya sukan bina badan.

Namun tahukah anda apa yang berlaku kepada badan apabila mengambil steroid, dan juga 3 risiko utama terhadap penggunaan dadah peningkat prestasi atau performance-enhancing drugs (PED)?.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Setiap kali anda mengangkat bebanan atau dumbbell di gym, otot-otot anda akan mengalami kerosakan. Namun, tubuh badan anda akan pulih dengan membentuk helaian protein otot baru untuk memperbaiki serat-serat otot yang rosak.

pembinaan otot manusia

Makin lama helaian ini akan semakin menebal dan akhirnya jika jumlah sintesis protein otot lebih tinggi daripada pemecahan protein otot, maka otot anda akan tumbuh dan membesar.

Tahap pertumbuhan otot sebahagian besarnya dipengaruhi oleh testosterone, yang mana meningkatkan sintesis protein.

Ini sebabnya mengapa lelaki mempunyai jisim otot yang lebih besar berbanding wanita kerana lelaki mempunyai tahap hormon testosterone yang lebih tinggi.

Steroid adalah sebatian dengan struktur 4-karbon tertentu, jadi istilah steroid sebenarnya termasuklah beberapa bahan kimia yang digunakan untuk merawat demam dan sakit kepala, malah hormon seks seperti estrogen dan testosterone. 

steroid

Namun jenis steroid yang kita bincangkan menyerupai testosterone semulajadi dengan niat untuk meningkatkan prestasi dan digunakan oleh lebih daripada 15% mereka yang bersenam di gym.

Dalam hari pertama anda mengambil steroid, genetik anda akan mula berubah. Steroid akan memasuki sel-sel badan dan mengikat pada reseptor androgen.

Pada ketika ini, steroid boleh bergerak ke dalam nukleus dan melekat pada DNA anda, yang mana mengaktfikan beratus-ratus gen untuk meningkatkan sintesis protein dan juga memperlahankan kerosakan protein.

Akhirnya, mereka yang mengambil steroid akan mempunyai 3 hingga 5 kali lebih nuklei di dalam sebahagian sel-sel otot. 

Steroid juga dapat menghentikan pembezaan sel stem lemak dan mengurangkan lemak badan seseorang.

kesan pengambilan steroid

Setelah beberapa ketika, saiz otot dan kekuatan badan anda bertambah, sambil melindungi serat otot daripada rosak. Ini menjadikan steroid sangat sesuai untuk senaman dan juga pemulihan.

Namun, pengambilan steroid mempunyai pelbagai kesan sampingan.

Disebabkan oleh reseptor steroid terdapat di bahagian sistem saraf pusat kita seperti otak depan, hipotalamus dan kelenjar pituitari, steroid boleh menyebabkan amarah yang ekstrem.

Kajian yang dilakukan terhadap atlet-atlet yang mengambil steroid mendapati bahawa 20% daripada mereka memperoleh skor mania dan kemurungan yang lebih tinggi daripada mereka yang tidak mengambil steroid.

Tikus yang diberikan steroid lebih daripada 19 minggu juga menjadi lebih agresif terhadap tikus-tikus lain dalam sangkar yang sama. Tikus jantan juga menjadi lebih dominan dan lebih sanggup untuk bersaing untuk seks.

arnold schwarzenegger bina badan steroid

Namun, nafsu seks ini tidak bermakna anda akan mendapatkan pengalaman seks yang lebih baik.

Bagi pengguna steroid wanita, ia boleh mengganggu kitaran haid dan mengurangkan nafsu seks. Kemaskulinan juga boleh berlaku pada pengguna wanita seperti suara menjadi lebih kasar dan "dalam".

Malah, mungkin berlaku pertumbuhan bulu pada badan seperti bulu dada dan juga pada muka seperti janggut dan misai.

Pengguna lelaki mungkin mengalami sel sperma yang tidak normal dan penyusutan jumlah sperma.

Steroid juga mengurangkan penghasilan semula jadi hormon yang diperlukan untuk mengekalkan saiz testis, yang bermaksud saiz buah zakar anda akan mengecil buat sementara waktu.

kesan sampingan steroid

(Sebelum dan selepas pembedahan  Gynecomastia)

Dan oleh sebab kebanyakan pengguna steroid mengikuti kitaran pengambilan steroid, maka tahap testosteron semula jadi akan menurun kepada tahap yang sangat rendah yang mana boleh menyebabkan mati pucuk dan penurunan nafsu seks pada lelaki.

40% daripada pengguna lelaki juga mengalami pembesaran tisu payudara (Gynecomastia) kerana steroid terurai menjadi estradiol, yang merangsang pertumbuhan tisu susu ibu.

Akhir sekali,steroid boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat yang tinggi pada hampir separuh pengguna dan meningkatkan risiko penyakit jantung serta strok.

Kesimpulannya adalah ya, memang steroid dapat membantu anda mempercepatkan tumbesaran otot dan meningkatkan kemampuan atletik, namun ia juga mempunyai kesan sampingan yang mana anda tidak sanggup untuk berhadapan dengannya.

Rujukan:

1. Asap Science

2. Mayo Clinic

3. Web MD




Hakcipta iluminasi.com (2017)